Friday 25 November 2011

PENCEMARAN

PENGENALAN
Alam sekitar merupakan anugerah semulajadi daripada Maha pencipta. Keindahan alam sekitar yang tidak dapat ditandingi ini harus dipelihara agar keasliannya berkekalan dalam jangka yang panjang. Adanya persekitaran yang bersih manusia dapat hidup dalam keadaan aman dengan udara yang segar lagi nyaman serta pemandangan yang memukau. Namun sejak akhir-akhir ini, arus pemodenan yang semakin pesat telah mendatangkan musibah kepada alam sekitar. Hal ini adalah disebabkan oleh berlakunya peningkatan pemodenan dan pembangunan. Dalam usaha untuk mengecapi kemajuan dan pemodenan yang semakin pesat kini telah menyebabkan pencemaran alam sekitar yang kritikal dan sangat berbahaya. Walaupun pembangunan dan pemodenan yang  dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dari segi ekonomi dan sosial, namun bagi sesebuah negara yang sedang membangun misalnya tidak mampu mengelak dari masalah-masalah pencemaran alam yang berpunca daripada pelaksanaan pemodenan itu sendiri. Pencemaran merupakan satu topik yang selalu hangat diperkatakan, tetapi masalah ini tidak diambil serius oleh mereka yang bertanggungjawab. Sewajarnya tindakan perlu diambil demi mengatasi masalah pencemaran ini daripada terus menular dengan lebih bahaya kepada penduduk. Sebagai contoh, wujudnya kesan negatif  yang melanda alam sekitar kita yang dahulunya bersih dari bahan toksik dan bahan tercemar. Hal ini demikian kerana sungai pada masa dahulu amat sesuai untuk kegunaan harian tetapi kini sungai terlalu kotor dan jijik untuk dijadikan sebagai punca untuk kegunaan harian. Misalnya keadaan sungai di Klang dan di sungai Kelantan.
             

1.0 KONSEP
1.1 Pencemaran
Menurut kamus dewan edisi keempat pencemaran ialah perbuatan mencemarkan (mengotorkan), pengotoran;~ alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Menurut kamus pelajar terbitan khas KBSM pula pencemaran ialah perihal mencemari atau mencemarkan : pengotoran. Mengikut kamus AM cetaka ketiga tahun 2001 menyatakan bahawa pencemaran adalah pengotoran atau perbuatan mengotorkan.
Menurut Dr wong Yin Yi dalam blog Cikgujana Ibrahim, pencemaran alam sekitar membawa maksud perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor. Maka sesuatu yang pada asalnya bersih dan dapat digunakan dengan baik dan selamat telah menjadi kotor dan mendatangkan mudarat apabila digunakan.
Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekililing dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menumblkan sesuatu keadaan berbahaya bukan  sahaja binatang tetapi juga manusi dan tumbuh-tumbuhan.

1.2 Pencemaran alam
Pencemaran alam bermaksud sebagai pembuangan benda-benda atau bahan yang terhasil dari perlaksanaan aktiviti pembangunan dan pemodenan ke alam sekitar yang menyebabkan tergangunya ekosistem dan kemandirian hidupan khususnya manusia. Pencemaran juga sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba , kimia dan biologi dengan mengeluarkan dan melepaskan bahan-bahan yang berbahaya kepada manusia dan hidupan-hidupan liar yang lain. Pencemaran alam sering menghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah mata mengenai masalah ini yang semakin parah mendekati manusia. Oleh itu, kesan-kesan negatif pencemaran alam harus ditangani dengan secepat mungkin dengan langkah-langkah yang terbaik.  Pencemaran alam yang boleh diklasifikasikan  kepada empat iaitu udara, air, tanah dan bunyi.
1.3 Udara
Mengikut kamus pelajar, udara bermaksud campuran berbagai-bagai gas yang terdapat di muka bumi. Selain itu ia juga membawa erti ruang muka bumi yang berisi hawa, angkasa. Mengikut kamus dewan edisi ketiga pula, udara ialah campuran pelbagai jenis gas yang terdapat di atas muka bumi. Selain itu ia menunjukkan ruang di atas bumi yang berisi, hawa, angkasa atau awang-awang.
1.4 Air
Mengikut kamus AM air merupakan barang cair yang biasa kita minum, untuk mandi dan sebagainya. Mengikut kamus dewan edisi keempat pula, air ialah cecair yang terbentuk daripada dua bahagia hidrogen dan satu bahagian oksigen (dalam keadaan yang murni, tidak mempunyai warna, bau atau rasa.)
1.5 Tanah
Mengikut kamus dewan edisi ke tiga dan keempat ialah lapisan bumi yang diatasnya sekali atau keadaan bumi di sesuatu tempat.
1.6 Bunyi
Mengikut kamus dewan edisi ketiga dan keempat ialah sesuatu yang kedengaran atau dapat didengar selain suara manusia. Takrifan bunyi bising pula yang dapat diterima oleh orang ramai ialah ‘bunyi yang tidak dikehendaki’. Namun begitu, dalam kalangan badan kehakima dan perundangan, definisi yang tepat agak sukar diterima kerana ia berkaitan dengan kesukaran mengukur dan menilai bunyi secara objektif (kerse, 1975)
Keempat-empat unsur ini merupakan anugerah semulajadi oleh-Nya. Dan kita sebagai manusia yang hidup dimuka bumi ini harus menggunakannya kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Namun akibat kerakusan manusia keempat-empat unsur ini semakin lama semakin terjejas akibar daripada aktiviti seperti peridustrian, pertanian, pelancongan dan banyak lagi.

2.0 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Pelbagai punca yang telah dikenalpasti dalam menyumbang kepada pencemaran alam sekitar antaranya ialah melalui perindustrian. Sektor perindustrian terutamanya industri getah, kimia dan eletronik telah banyak memberikan kesan negatif keatas alam sekitar. Malahan pengeluaran yang semakin meningkat dari kilang-kilang tersebut telah meningkatkan pembebasan bahan pencemar yang terdiri daripada bahan organik atau bukan organik, gas dan habuk. Pembebasan gas yang merbahaya secara berlebihan menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Kebiasaannya asap yang dibebaskan  mengandungi gas atau bendasing yang merbahaya seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan sebagainya.
Namun begitu, setiap kilang menghasilkan bahan pencemar yang berbeza. Contohnya, industri kimia melepaskan kimia yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Indusri logam pula mengeluarkan gas sulfur dioksida dan habuk toksid.  Hal ini sudah pasti mampu meningkatkan kadar pencemaran udara terutama di kawasan-kawasan perindustrian.
Selain pelepasan bahan toksid ke udara, pembangunan zon industri tanpa pembangunan terperinci dan terancang akan mengakibatkan pencemaran bunyi. Hal yang demikian adalah disebabkan oleh bunyi mesin, kipas-kipas ekzos dan pelbagai jenis enjin menghasilkan paras bunyi yang tinggi. Contoh kilang yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi adala kilang PERWAJA STEEL di Kemaman, Terengganu. Selain itu juga, perindustrian turut menyumbangkan kepada pencemaran air. Sungai-sungai yang berada berhampiran dengan kilang sering menjadi mangsa apabila sisa-sisa toksid dialirkan ke sungai tersebut. Pembuangan sisa-sisa toksid kedalam sungai ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran sungai yang teruk. Sisa-sisa toksid tersebut mempunyai pelbagai bahan kimia yang merbahaya yang mampu menyebabkan perubahan dari segi warna, bau dan juga kandungan air sungai.
            Selain itu juga, pertanian turut menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. pertanian secara ladang atau pertanian secara besar-besaran mampu menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran tanih. Penggunaan teknologi pertanian seperti baja kimia dan penggunaan racun serangga mampu menyumbangkan kepada peningkatan kadar pencemaran tanih. Penggunaan racun serangga dan baja kimia yang berlebihan ini turut menyebabkan berlakunya pencemaran air sungai. Apabila hujan turun di kawasan tanaman ini, ia akan mengakibatkan aliran air hujan akan memasuki tanah dan membawa bersama bahan kimia ke sungai. Seterusnya, air larian permukaan turut membawa sisa-sisa tanaman ke dalam sungai. Hal ini mampu menyebabkan sungai menjadi keruh dan tercemar.
            Kegiatan penternakan seperti penternakan kambing, lembu, babi dan sebagainya yang  berhampiran dengan sungai juga turut menyumbang kepada pencemaran khususnya pencemaran sungai. Sesetengah penternak yang tidak bertanggungjawab sering mengabaikan kebersihan sungai dengan membuang najis haiwan  dan sisa makanan ternakan mereka ke sungai. Selain itu, bangkai haiwan ternakan juga turut dibuang kedalam sungai yang akhirnya mencemarkan sungai di kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya peningkatan bakteria dalam air terutamanya E coli, cacing nomatob dan mikro lain.
            Selain daripada itu, pencemaran alam sekitar juga disebabkan oleh faktor perbandaran. Kawasan perbandaran terutamanya bandaraya memiliki kepadatan penduduk yang tinggi. Pertambahan peluang pekerjaan dibandar menyebabkan berlakunya migrasi penduduk ke kawasan kota. Hal ini telah mendorong wujudnya masalah sistem kumbahan. Oleh yang demikian, pemaju mengenakan jalan singkat dengan mengalirkan sistem kumbahan ini ke sungai. Tambahan pula pembangunan yang pesat menjadikan kawasan tersebut terdedah kepada pencemaran. Peningkatan bilangan kenderaan telah meningkatkan pencemaran udara. Kebanyakan kenderaan bermotor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil. Hal ini kerana kenderaan bermotor membebaskan asap dan gas-gas tercemar seperti gas carbon monoksida dan karbon dioksida. Selain itu juga, pencemaran bunyi juga turut berlaku akibat daripada pembinaan bangunan. Bunyi jentera dan juga mesin bagi tujuan ini sangat kuat tambahan pula bunyi kenderaan memungkinkan berlakunya pencemaran bunyi yang tinggi di kawasan ini.
            Sektor pelancongan juga turut menyumbang kepada pencemaran alam. Pertambahan bilangan hotel di kawasan pelancongan menyebabkan berlakunya tanah runtuh dimana hal ini mampu menyebabkan pencemaran sungai. Apabila hujan berlaku, ia akan menyebabkan berlakunya air larian permukaan yang akhirnya membawa sisa tanah runtuh ke sungai. Hal ini akhirnya menjadikan sungai berkelodak dan akhirnya mencemarkan sungai. Sisa kumbahan daripada hotel-hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai turut menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Semestinya kawasan pelancongan merupakan kawasan tumpuan pelancong tidak mengira sama ada dari dalam mahupun luar negara. Sudah semestinya juga ia akan meningkatkan sisa buangan sampah sarap.
            Sektor perikanan juga turut menyebabkan berlakunya pencemaran terutamanya pencemaran sungai dan laut.  Tumpahan minyak daripada bot-bot nelayan di kawasan laut dan juga sungai mengakibatkan berlakunya pencemaran air. Selain itu, nelayan laut dalam juga sering membuang sampah serta sisa makanan mereka ke dalam laut. Hal ini telah memberikan kesan buruk kepada hiduapan akuatik.
            Sikap masyarakat pada hari ini juga mampu menjadi faktor utama yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. sikap mereka yang suka membuang sampah dimerata-rata tempat menjadikan kawasan petempatan mereka dipenuhi sampah sarap. Sikap mereka yang hanya bergantung kepada pihak berkuasa untuk membersihkan kawasan mereka menyebabkan kebersihan di tempat mereka semakin merosot. Sampah sarap yang berlonggok di tepi jalan menyebabkan berlakunya pencemaran bau yang mengundang ketidakselesaan penduduk setempat. Selain itu juga, para penduduk terutamanya di kawasan luar bandar lebih gemar melakukan pembakaran terbuka bagi melupuskan sampah sarap. Hal ini menyebabkan berlakunya pencemaran udara apabila gas karbon dioksida dibebaskan secara berlebihan ke udara. Selain itu, masyarakat pada masa kini sering bergantung kepada teknologi moden seperti peti sejuk dan pekakasan eletrik yang lain. Perkakasan eletrik ini banyak membebaskan gas CFC yang menyebabkan berlakunya penipisan ozon. Selain itu, penyembur serangga atau aerosil juga turut mempunyai gas CFC yang mampu menyebabkan pencemaran udara.
            selain itu juga, aktiviti penerokaan tanah melalui sektor pembalakan juga turut mengundang kepada pencemaran alam sekitar seperti pencemaran bunyi, pencemaran air, dan pencemaran udara. Penerokaan ini biasanya adalah bertujuan untuk membina kawasan petempatan dan juga kawasan kilang selain bagi tujuan mendapatkan sumber kayu kayan. Penggunaan jentera dan juga mesin-mesin bagi melakukan penebangan dan pemprosesan kayu menghasilkan bunyi yang berfrekuensi tinggi yang akhirnya berlaku pencemaran bunyi di kawasan berkenaan. Selain itu juga, pembakaran kawasan hutan ini turut menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Selain itu pencemaran air pula berlaku akibat air larian permukaan yang membawa sisa-sisa hasil pembalakan ke sungai. Seperti yang berlaku di Lojing, Kelantan beberapa tahun yang lepas yang telah menjadikan sungai dikawasan berkenaan keruh dan kotor.
            Faktor-faktor semulajadi juga mampu menyebabkan pencemaran alam sekitar. Antara kejadian semulajadi yang sering dikaitkan dengan pencemaran alam ialah gempa bumi, letusan gunung berapi dan juga pembakaran hutan secara semulajadi. Letusan gunung berapi menyebabkan berlakunya pembebasan debu-debu dan habuk ke atmosfera menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Manakala pembakaran hutan secara semulajadi pula menyebabkan berlakunya pembebasan karbon dioksida secara berlebihan ke udara yang turut menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Pembakaran hutan secara semulajadi ini biasanya disebabkan oleh kemarau yang panjang. Oleh itu api ini lebih mudah merebak dan amat sukar untuk dipadam. Oleh itu ia mampu menyebabkan berlakunya jerebu seterusnya menyebabkan pencemaran udara secara meluas seperti yang berlaku di Indonesia sehingga mengakibatkan berlakunya jerebu di Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di sekitar negara kita.

3.0 CABARAN TERHADAP ISU-ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Dalam arus globalisasi yang mencapai ke arah pemodenan kini negara kita semakin hampir menuju ke arah negara maju. Namun dalam jangka masa yang ingin dicapai itu pelbagai halangan perlu ditempuhi terutamanya pencemaran yang berlaku di negara kita. Lihat saja di mana-mana pasti akan ada berita mengenai pencemaran alam sekitar. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan sikap manusia yang leka mengejar arus pemodenan sehinggakan persekitaran diabaikan. Pencemaran yang berlaku telah memberi kesan yang buruk kepada persekitaran seperti berlakunya banjir kilat. Banjir kilat bermaksud kenaikan paras air secara tiba-tiba dan surut dengan tiba-tiba. Kejadian banjir kilar biasanya berlaku di kawasan bandar-bandar besar yang mempunyai taburan penduduk yang padat serta kadar penbinaan yang tinggi. Ia berlaku adalah disebabkan oleh aliran permukaan pesat akibat berlakunya perubahan guna tanah. Kebanyakan kawasan di bandar-bandar memiliki permukaan yang bersifat tidak telap air seperti simen dan konkrik. Selain itu keadaan alur sungai dan longkang yang tersumbat membawa kepada berlakunya pemendapan kelodak serta kejadian hujan ribut seperti hujan ribut perolakan yang lebat. masalah ini berlaku adalah berpunca daripada sikap masyarakat yang suka membuang sampah ke dalam sistem saliran. Contoh terdekat yang boleh kita ambil adalah kejadian banjir kilat yang berlaku di bandaraya Kuala Lumpur.

Selain itu, pencemaran yang berlaku turut menyebabkan kepada berlakunya hujan asid. Kejadian hujan asid berlaku adalah disebabkan oleh hujan yang turun dan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas yang terdapat di atmosfera. Aktiviti perkilangan yang mengeluarkan gas-gas beracun seperti karbon monoksida serta sulfur dioksida boleh menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid. Ia boleh membawa kesan buruk kepada persekitaran, haiwan dan tumbuhan. Hujan asid yang berlaku boleh memusnahkan tumbuhan dalam tasik serta hidupan akuatik seperti plakton dan memberikan kesan kepada pembiakan ikan dan amfibia. Ia berlaku adalah disebabkan oleh penurunan nilai PH di dalam air. Selain itu juga kejadian hujan asid turut memberi kesan kepada manusia, mereka yang terkena hujan asid menyebabkan kulit mereka menjadi kemerah-merahan dan mengelupas. Selain manusia hujan asid juga memberi kesan kepada bangunan, kadar asid yang tinggi akan menyebabkan berlakunya hakisan seperti cat-cat pada bangunan. Ia juga boleh melunturkan dan merosakkan cat kereta serta boleh membawa kepada pengaratan barangan besi.
Antara kesan negatif yang seringkali dikaitkan dengan pencemaran alam sekitar ialah mampu menjejaskan kesihatan. Penggunaan air yang tidak bersih akibat pencemaran boleh menyebabkan pelbagai penyakit antaranya penyakit taun, penyakit kulit dan sebagainya. selain daripada itu, pencemaran udara juga mampu menjejaskan kesihatan manusia. Manusia mungkin akan mengalami masalah pada jantung akibat menyedut terlalu banyak udara yang tidak bersih. Pencemaran ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia namun ia turut menjejaskan kesihatan haiwan. Haiwan juga bergantung kepada persekitaran yang bersih untuk hidup dengan sihat. Apabila haiwan khusunya haiwan ternakan terdedah dengan pencemaran khususnya pencemaran air, ia pasti mengundang pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kuku dan mulut. Hal ini akan memberikan kesan kepada manusia yang memakan haiwan ternakan tersebut. Penggunaan kereta yang bertambah pesat yang berlaku kini berbanding dengan tahun 1950-an dan 1960-an dahulu turut meninbulkan banyak masalah pencemaran seperti pencemaran udara, bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi yang kita sedia maklum. Pengeluaran gas menoksida daripada kenderaann bermotor iaitu sejenis gas beracun. Gas ini boleh membunuh sekiranya ia tekumpul dalam kawasan tertutup. Di samping itu juga, kehadiran bahan kimia dalam kendaraan bermotor seperti plumbum boleh memyebabkan berlakunya kerosakan otak terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

            Selain itu juga, pencemaran turut menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau. Pertambahan gas- gas merbahaya dalam udara seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen menyebabkan berlakunya peningkatan suhu setempat. Hal ini demikian kerana bahan-bahan dan gas tersebut merupakan penyerap haba yang baik. Oleh itu gas tersebut akan menyerap haba yang terkandung dalam udara dan juga memerangkap haba daripada sinaran cahaya matahari. Selain itu juga gas-gas ini berupaya mengurangkan kandungan air dalam udara. Hal ini seterusnya mampu menyebabkan berlakunya pulau haba terutamanya di kawasan bandar. Selain itu ia turut menyebabkan berlakunya kemarau.
Pencemaran turut menyebabkan berlakunya kepupusan terutamanya kepupusan hidupan akuatik. Tumpahan minyak di kawasan-kawasan laut menyebabkan udara tidak dapat masuk ke dalam air. Hal ini disebabkan oleh sifat minyak yang tidak sebati dengan air yang akhirnya menutupi permukaan air. Hal ini telah menhalang kemasukan oksigen ke dalam air yang akhirnya menyebabkan spesis hidupan air kekurangan oksigen seterusnya mengalami kepupusan. Pencemaran akuatik juga turut memberi kesan kepada tumbuhan akuatik. Misalnya, pencemaran tumpahan minyak di kawasan laut menyebabkan ganguan terhadap pembesaran dan pertumbuhan plankton.

4.0 PENDEKATAN DALAM MENGATASI ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR      
Dalam arus pemodenan dan pembangunan yang pesat kini, pencemaran yang berlaku telah memberi impak kepada alam sekitar serta semakin mengancam keselesaan kehidupan manusia. Oleh itu, dalam menangani masalah ini kita haruslah mempunyai jalan alternatif yang terbaik agar arus pemodenan yang pesat berlaku ini diteruskan tanpa menjejaskan ekosistem dan kemandirian hidupan khususnya manusia. Antara langkah yang dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam ialah melalui teknologi media cetak. Peranan media massa  amat penting kerana kemajuan teknologi tersebut berfungsi sebagai penyampai  maklumat. Oleh itu, adanya media massa ini ia dapat menyebarkan maklumat mengenai kepentingan alam sekitar. Hal ini demikian kerana, media cetak dapat menyalurkan maklumat-maklumat yang dapat menyedarkan penduduk tentang pentingnya menjaga alam sekitar dengan penuh tanggungjawab dan rasional. Sebagai contoh, pencetakan melalui surat khabar mengenai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar serta sikap cintakan alam sekitar. Di samping itu, teknologi media cetak juga boleh menerbitkan buku-buku dan risalah yang berkualiti mengenai alam sekitar dan kepentingan air, udara dan tanih. Hal ini dapat membantu golongan masyarakat mendapat ilmu pengetahuan yang baru dan dapat mengatasi masalah pencemaran alam.
Selain itu, media elektronik juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah pencemaran alam dengan lebih kreatif. Adanya teknologi ini secara tidak langsung ia dapat menyampaikan maklumat mengenai kesedaran untuk memeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui iklan-iklan, rancangan televisyen dan berita. Hal ini demikian kerana, apabila kaedah media elektronik dilakukan ini dapat menarik lebih ramai golongan lapisan masyarakat untuk melihat dan mendengar berita mengenai pencemaran alam yang berlaku di sekeliling mereka. Sebagai contoh, iklan kartun yang menceritakan keburukan membuang sampah dan rancangan televisyen seperti Majalah Tiga (M3) yang sering memaparkan pemasalahan pencemaran alam dan langkah mengatasi masalah tersebut.
Selain itu, penggunaan teknologi moden juga merupakan satu langkah untuk mengatasi pencemaran alam. Sebagai contoh, tanpa kemajuan teknologi moden manusia tidak mampu membersihkan tumpahan minyak di laut dan membersihkan sungai. Adanya kemajuan teknologi moden ia dapat mengubah cara mengeksploitasikan alam sekitar dengan baik dan tanpa menjejaskan alam sekitar. Peningkatan kemajuan teknologi yang semakin moden kini dapat mengurangkan pencemaran udara dengan penciptaan alatan canggih seperti penapis asap ekzos kenderaan dan asap dari kilang-kilang perindustrian. Hal ini dapat mengurangkan kandungan karbon monoksida dan sulfur oksida di ruang atmosfera dengan lebih sistematik. Selain itu, dengan adanya teknologi rawatan air yang moden ia dapat merawat dan menapis air kumbahan atau sisa-sisa buangan kilang sebelum di lepaskan ke dalam sungai atau laut dengan selamat dan bersih. Peningkatan teknologi Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) semakin maju telah mencetuskan penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api dalam usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar. Hal ini dapat mengurangkan pengeluaran asap plumbum yang menjejaskan kualiti udara bersih di atmosfera.
Teknologi moden dapat mengatasi masalah pencemaran alam dengan menguruskan sisa pepejal seperti kaca, kertas, bahan plastik dan getah melalui teknologi kitar semula. Teknologi kitar semula merupakan langkah untuk mengurangkan tempat pelupusan sampah dan pembaziran bahan mentah kerana sisa pepejal itu dapat dijadikan bahan terpakai. Secara tidak langsung, dapat mengelakkan pembuangan sampah dan sisa toksik ke dalam sungai yang menyebabkan pemcemaran air berlaku. Selain itu, teknologi kitar semula juga dapat dapat mengurangkan penggunaan sumber mentah seperti pokok kerana kertas yang dihasilkan dari pokok telah dikitar semula. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya pemcemaran tanah seperti hakisan tanah, pembalakan haram dan pembakaran terbuka yang menyebabkan pencemaran udara.
Di samping itu juga, organisasi-organisasi tertentu seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbangkan kepada kebersihan alam sekitar. Misalnya guru-guru di sekolah, mereka harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar para pelajar mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai rakyat pula boleh mengadakan pertandingan, misalnya pertandingan kedai makan, kawasan kejiranan yang terbersih untuk  mengurangkan disamping mengatasi masalah pencemaran berlaku. Selain itu, kita sebagai individu turut memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang  harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula, menggunakan barang-barang yang dibuat daripada barang yang diproses semula dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan. Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa juga kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan daripada pencemaran yang berterusan berlaku.
Tidak ketinggalan juga perundangan daripada pihak kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar yang berlaku kini. Pelbagai undang-undang telah digubal oleh bertujuan untuk mengawal kualiti alam sekitar. Misalnya akta Kualiti Alam Sekitar. Peraturan ini dibahagikan kepada enam bahagian termasuklah peraturan kenderaan bermotor yang mengehadkan pelepasan asap kenderaan secara berlebihan iaitu dihadkan kepada 50 HDU. Selain itu dalam akta ini mengandungi peraturan kualiti alam sekitar, di bawah akta ini ada mengatakan had jarak kawasan industi dengan kawasan  kediaman kepada 1000 meter. Akta ini dibuat adalah bertujuan untuk memelihara kualiti alam sekitar disamping untuk melindungi manusia agar tidak dijangkiti dengan pelbagai penyakit. Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh pihak kerajaan malah institusi pendidikan turut berperanan dalam menangani masalah pencemaran yang berlaku. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran dalam setiap diri seseorang individu mereka akan sedar tentang betapa pentingnya menjaga kualiti alam sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iaitu dalam matapelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah  pula ialah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) khususnya dalam matapelajaran sains seperti biologi. Pada peringkat ketiga pula ialah pada peringkat pengajian tinggi iaitu melalui kursus Sains Alam dan Biologi. Pendedahan kepada pelajar tentang alam sekitar merupakan cara awal untuk memupuk mereka agar menjaga kebersihan persekitaran supaya alam sekitar bersih dan berkekalan untuk generasi seterusnya.
Selain itu, kempen kesedaran alam sekitar boleh dijalankan untuk menghebahkan masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan persekitaran. Pihak kerajaan telah menjalankan banyak kempen kesedaran mengenai alam sekitar, namun keberkesanan melalui kempen tersebut amat menyedihkan dan tidak mendapat tumpuan oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana kempen yang dijalankan hanya dapat memberikan kesedaran dalam jangka masa singkat. Jadi pihak kerajaan telah membuat lebih banyak inisiatif misalnya membuat tayangan mengenai tahap kebersihan di setiap kawasan di malaysia agar penduduk lebih cenderung dalam menjaga kebersihan di kawasan mereka, menampalkan lebih banyak memo dan gambar berkenaan kebersihan di setiap kawasan samaada kawasan bandar mahupun luar bandar . Disamping itu, kerajaan turut menjalankan kempen pada setiap bulan agar masyarakat lebih mengingati bahawa pentingnya menjaga kebersihan persekitaran.
Perbandaran lestari yang ingin dicapai oleh kerajaan kita juga adalah langkah yang baik. Konsep perbandaran dalam taman yang kini sedang dalam proses turut membantu untuk mengurangkan berlakunya pencemaran alam. Hal ini demikian kerana tumbuhan akan memainkan peranan yang penting untuk menyeimbangkan kadar pencemaran udara di kawasan bandar terutamanya. Pokok-pokok yang ditanam berfungsi sebagai pemerangkap habuk dan ini sekaligus dapat mengurangkan kadar pencemaran udara.
Selain itu, kerjasama serantau juga amat penting dalam mengatasi pencemaran terutamanya pencemaran udara dan pencemaran laut. Terdapat empat buah negara yang sering berkongsi perairan iaitu singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Indonesia dan Malaysia telah banyak memainkan peranan dalam menjaga perairan. Kedua-dua negara ini melalui ASEAN telah banyak menyalurkan pendapat bagi isu-isu Selat Melaka. Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar. tujuan rancangan ini diadakan adalah bagi melakukan tindakan serta merta jika berlaku tumpahan minyak di perairan Malaysia. Bagi pencemaran udara pula, kerajaan Malaysia sering menghantar bantuan bagi memadamkan kebakaran yang berlaku di kawasan hutan seperti hutan di Sumatera, Indonesia. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya jerebu akibat pelepasan gas serta habuk daripada pembajkaran hutan secara besar-besaran.



5.0 PENDAPAT TOKOH
Menurut pendapat Datuk M.Hafiz Ali semua rakyat Malaysia telah mengetahui dan menonton tentang kesan buruk pencemaran di televisyen atau internet. Baginya kesan yang amat dirasai sekarang adalah akibat daripada pencemaran udara iaitu pemanasan global yang semakin meningkat daripada hari ke hari. Menurutnya pemanasan global telah mengubah cuaca dan sistem iklim dunia. Di samping itu juga berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, pemusnahan ozon dan hujan asid. Menurutnya juga, pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup. Baginya juga terdapat sejenis lagi unsur yang boleh terhasil iaitu melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Selain itu, menurutnya berlaku pencemaran air. Apa yang kita ketahui pencemaran air berlaku akibat daripada aktiviti perindustrian, pertanian, penternakan, perbandaran, pelancongan, perikanan serta sikap masyarakat. Menurut Datuk M.Hafiz lagi pencemaran air berlaku buka sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan lain. Antara kesan yang berlaku ialah seperti kematian organisma laut di perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Menurut beliau, apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak ia boleh mengancam kehidupan laut serta burung dan ini sekaligus menjejaskan sumber pendapatan nelayan.



KESIMPULAN
Tuntasnya, arus pemodenan yang semakin maju telah membawa satu perubahan luar biasa kepada kawasan dan cara kehidupan masyarakat pada masa kini. Pemodenan daripada segi teknologi dan pembangunan secara meluas sememangnya memberi kesan positif kepada negara dalam kegiatan ekonomi mahupun sosial. Walau bagaimanapun, setiap perubahan positif melalui pemodenan yang pesat turut memberi kesan negatif terhadap kawasan dan kehidupan masyarakat. Oleh itu, kesan perubahan pemodenan yang berterusan telah menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku dan permasalahan itu tidak dibendung dengan rasional dan terbaik. Rancangan pemodenan dan pembangunan teknologi merupakan sesuatu yang baik bagi meningkatkan kemajuan sesebuah Negara, namun disebabkan kecuaian manusia itu sendiri keadaan telah menyebabkan pencemaran alam sekitar sperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanah dan pencemaran bunyi. Kecuaian manusia menggunakan teknologi yang moden juga menjadi faktor utama berlakunya pencemaran alam sekitar dengan meluas melepasi sempadan atau pencemaran global. Kemajuan dalam bidang  perindustrian, pertanian, perikanan, pelancongan serta beberapa lagi industi sebenarnya membawa kesan kepada alam sekitar.
            Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu diambil agar dapat membendung pencemaran alam sekitar dengan sistematik. Tuntasnya, semua pihak yang terlibat haruslah berkerjasama memelihara alam sekitar agar dapat mengekekalkan kebersihanya dan keindahan alam ciptaan Tuhan yang Esa ini. Kita hendaklah sedar dan prihatin terhadap kebersihan alam sekitar agar generasi akan datang turut dapat menukmatinya. Oleh itu, setiap insan yang hidup di dunia ini berperanan menjaga alam sekitar agar terus bersih dan selamat untuk didiami oleh semua makhluk yang bernyawa.



BIBLIOGRAFI


Ancaman Serius Pemanasan Global – oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar, diterbitkan oleh Harian Metro, 26 mei 2009.

Dampak pencemaran lingkungan –oleh Wisnu Arya Wardhana,penerbit Andi Offset Yog Yakarta,cetakan edisi kedua, 1999.

Dewan Bahasa dan Pustaka – kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edis keempat, DBP.

http: // znr.tripot.com/ rencana

Pencemaran bunyi bising – oleh Mansor Ibrahim dan Mohd Asri Abu Bakar, diterbitkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor Darul Takzim, 19997.

Penilaian Kesan-kesan Alam Sekitar – oleh Abdullah Mohamad Said, diterbitkan oleh Institusi Teknologi MARA, Shah Alam, 1992.







Monday 14 November 2011

JURANG PENDIDIKAN

1.0    Pengenalan
      Sistem pendidikan di Malaysia pada awalnya telah berkembang sejak zaman pemerintahan penjajah lagi. Kebanyakannya sistem pendidikan yang diperkenalkan adalah bersifat tidak formal iaitu secara lisan. Seterusnya kita diperkenalkan pula dengan sistem pendidikan formal seperti pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris. Pada masa itu,  jurang pendidikan telah pun wujud kerana pihak penjajah telah mewujudkan jurang antara kaum pendekatan divide & rules bertujuan mengelakkan pembangkitan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Perkembangan pendidikan di Malaysia pada peringkat awalnya lebih tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih serta sumber yang mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad. Sekolah luar bandar pula mengalami pelbagai kekurangan dari segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan mereka lebih tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan pada masa itu berbanding dengan kualiti pendidikan. Kini, kerajaan telah banyak memberi tumpuan terhadap kawasan luar bandar dan pedalaman bagi mengurangkan jurang pendidikan serta mengurangkan kadar keciciran. Jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Hal ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar. Kesan jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi status ekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.


2.0    Konsep dan Pengertian

      Di dalam buku Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), pihak  Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan dasar bagi merapatkan jurang pendidikan yang wujud seperti antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysi telah pun mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan agar akses, ekuiti dan kualiti dalam pembelajaran dan pengajaran dapat ditingkatkan. Antara jurang pendidikan yang wujud adalah seperti, jurang antara bandar dan luar bandar, jurang digital, jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas serta juang sosioekonomi.

         Jurang bandar dan luar bandar adalah merujuk kepada ketidaksamarataan yang berlaku. Contoh jurang yang wujud adalah daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan kepada para guru yang mengajar. Kekangan sebegini berlaku terutamanya di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan yang paling ketara sekali ialah sekolah di kawasan pedalaman. Selain itu juga, jurang bandar dan luar bandar ini merujuk kepada tahap atau taraf perbezaan dalam pelbagai aspek yang dicapai oleh kawasan bandar dan kawasan luar bandar  adalah berbeza. Perbezaan ini biasanya merujuk kepada perbezaan daripada segi kemudahan-kemudahan seperti bas awam, perpustakaan awan dan sebagainya serta dari pelbagai aspek lain.

        Seterusnya, wujud juga jurang digital. Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan  Information dan Communication Techology (ICT). Jurang digital ini biasanya wujud di lokasi yang memiliki keadaan geografi yang berbukit bukau serta di kawasan pedalaman. Hal ini demikian kerana perkhidmatan bagi mengakseskan internet adalah terhad. Selain itu, jurang digital ini menunjukkan kepada tahap pencapaian tenaga pengajar dalam bidang ICT. Kebiasaannya, tahap pencapaian tenaga pengajar adalah berbeza disebabkan pelbagai aspek antaranya kurang pengalaman dan pengetahuan dari segi penggunaan ICT, kurangnya kemudahan dan banyak lagi. Menurut Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) pada tahun 2001 pula, jurang digital telah ditafsirkan sebagai satu jurang yang wujud di antara individu, isi rumah, perniagaan dan kawasan geografi pada peringkat sosio-ekonomi yang berbeza untuk mendapatkan peluang menggunakan internet dan mengakses ICT.
      Jurang antara tahap pencapaian pelajar pula ialah kesulitan pelajar dalam menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dalam situasi ini, kebanyakan pelajar sekolah rendah tidak mampu menguasai 3M ini disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada faktor dalaman mahupun faktor luaran. Selain itu, kegagalan mencapai standard minimum seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan salah satu faktor daripadanya. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang pelajar itu berisiko tinggi tercicir daripada sistem pendidikan.

         Seterusnya ialah jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas. Ia merujuk kepada perbezaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai. Kemudahan ini adalah untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar berkeperluan khas termasuklah mereka yang kurang upaya, pintar cergas dan berbakat. Jurang ini biasanya menyentuh tentang perbezaan daripada pelbagai segi antara golongan kelainan upaya dan golongan pelajar biasa. Golongan kelainan upaya biasanya memerlukan kemudahan teknologi yang canggih bagi membantu mereka dalam sistem pembelajaran dan pengajaran.

         Jurang yang terakhir pula ialah jurang sosial. Jurang ini merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam bandar dalam jurang sosial ini, lebih tertumpu kepada jurang kemiskinan. Kemiskinan biasanya sering menjadi faktor utama yang menyebabkan berlakunya jurang sosial yang ketara terutamanya antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar.


3.0         Isu – Isu Berkaitan

3.1  Jurang Pendidikah Akibat Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)

       Sejak kemerdekaan, masalah jurang pendidikan telah wujud dan masih tidak dapat            dihapuskan sehingga zaman globalisasi ini. Masalah jurang pendidikan berterusan sehingga pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). PPSMI diperkenalkan secara berperingkat-peringkat pada tahun 2003 bermula daripada Tahun 1 bagi peringkat sekolah rendah manakala Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 bagi sekolah menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah bermula pada tahun 2007 manakala untuk sekolah   rendah  pula bermula pada tahun 2008.

         Pelaksanaan PPSMI secara umumnya bertujuan untuk meningkatkan pembangunan sumber tenaga manusia bagi mencapai taraf negara maju dan persiapan daripada peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Selain itu, bahasa Inggeris ialah bahasa komunikasi antarabangsa dan penguasaan bahasa Inggeris memudahkan penguasaan ilmu dalam bidang Sains dan Matematik. Secara keseluruhan, dasar ini dilaksanakan dengan harapan memberi kelebihan kompetitif kepada negara dengan penggunaan bahasa Inggeris. Akan tetapi, PPSMI tidak begitu berjaya dan tidak mencapai objektif asalnya malah mendatangkan keburukan kepada pelajar, terutamanya pelajar luar bandar.

            Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon, pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah mencatatkan tahap kelulusan sederhana dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dengan kelemahan ketara dikesan di sekolah luar bandar setelah pelaksanaan PPSMI. Melalui dapatan laporan kajian ini, kita dapat lihat bahawa pelaksanaan PPSMI banyak mempengaruhi pelajar terutamanya pelajar luar bandar. Ramai pelajar luar bandar telah menjadi mangsa dalam pelaksanaan dasar ini. Keadaan ini juga menjadi salah satu faktor primer PPSMI menerima pembidasan dan tentangan dari pelbagai pihak, terutamanya Datuk Dr. Hassan Ahmad, Pengerusi Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) yang mengatakan pembatalan PPSMI harus diimplimentasikan untuk menyelamatkan pelajar luar bandar.

           Jika disingkap daripada persepsi yang lebih terperinci, kewujudan masalah jurang pendidikan akibat pelaksanaan PPSMI dapat dilihat daripada beberapa aspek. Pertama, ramai pelajar menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Perubahan drastik dalam pembelajaran Sains dan Matematik menyebabkan pelajar, terutama pelajar luar bandar berasa tertekan dan tidak berkeyakinan untuk menguasai mata pelajaran yang berkaitan. Hal ini demikian kerana pelajar luar bandar kurang terdedah kepada bahasa Inggeris berbanding dengan pelajar di bandar. Pelajar luar bandar kurang berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris kecuali tugasan sekolah.  Secara langsung, pencapaian prestasi Sains dan Matematik pelajar akan terjejas kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka yang lemah. Selanjutnya, jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar akan menjadi semakin besar.

           Selain itu, kebanyakan pelajar luar bandar  pada asalnya tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan mengalami kesukaran untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Hal yang demikian akan mempengaruhi minat pelajar dalam mempelajari subjek Matematik dan Sains dan akhirnya mereka berputus asa untuk terus mempelajarinya kerana wujud kekangan dalam penggunaan  bahasa. Hal ini berlaku kerana pelajar sukar memahami bahasa Inggeris di samping konsep dan teori Sains dan Matematik. Sebagai contoh, pelajar sukar memahami konsep mata pelajaran Kimia melalui petikan atau buku kerana penguasaaan bahasa Inggeris yang lemah. Pelaksanaan PPSMI bukan sahaja melemahkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik malah terdapat sebilangan pelajar mengalami keciciran. Pelajar yang sangat lemah akan terus melepaskan peluang mereka untuk belajar dan akhirnya mereka ketinggalan dalam mata pelajaran tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa ramai pelajar luar bandar telah menjadi mangsa dalam pelaksanaan PPSMI dan mewujudkan masalah dalam jurang pendidikan.

           Pada persepsi yang lebih terperinci, faktor tenaga pengajar juga tidak kurang peranannya dalam membincangkan isu ini. Para guru yang biasa mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda masing-masing akan mengalami masalah untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Para guru yang tidak mempunyai kemahiran bahasa Inggeris tidak dapat menyampaikan mata pelajaran yang berkaitan dengan berkesan kepada para pelajar. Secara tuntasnya, guru yang kurang berkelayakan dan berkualiti secara langsung akan mempengaruhi kualiti pelajar, terutamanya pelajar di luar bandar yang bergantung sepenuhnya terhadap pembelajaran di sekolah.

   3.2  Kemiskinan

      Kemiskinan bukan lagi menjadi masalah baru yang melanda di negara kita. Dalam International Encyclopedia of the Social Science (1972), kemiskinan didefinisikan kepada tiga maksud iaitu kemiskinan sosial, fakir dan kemiskinan moral. Kemiskinan sosial bukan sahaja melibatkan ketidaksamaan ekonomi, iaitu dari segi pendapatan, taraf kehidupan dan sebagainya tetapi juga meliputi ketidaksamaan sosial yang juga berkaitan dengan pendidikan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa isu kemiskinan merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan berlakunya jurang pendidikan di negara kita. Walaupun kerajaan sentiasa mengambil inisiatif dalam membendung masalah ini, namun masalah ini masih  membelenggu masyarakat kita pada hari ini.
       Keratan akhbar pada April 2009 menyatakan bahawa kerajaan telah membelanjakan 3 bilion dalam masa dua tahun bagi merapatkan jurang pendidikan di negara kita. Kos tersebut adalah bertujuan membantu pelajar-pelajar miskin di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Hal ini menunjukkkan masih banyak lagi kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam mengatasi masalah kemiskinan ini. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Razali Ismail, peruntukan itu telah disalurkan di setiap jabatan pendidikan dalam negeri untuk membantu pelajar miskin dalam 12 skim termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Skim Pinjaman Buku Teks, Skim Baucer Tuisyen dan pelbagai biasiswa lain. Datuk Razali Ismail berkata, jumlah RM 3 Bilion merupakan jumlah peruntukan yang paling tinggi dalam usaha merapatkan jurang pendidikan dirantau ini. Namun begitu, jika jumlah ini masih tidak mencukupi, pihak kementerian akan menambah peruntukan ini dari semasa ke semasa.

           Jika ditinjau dengan lebih teliti, ramai penduduk di kawasan luar bandar  berorientasikan kegiatan ekonomi primer mengikut kaedah traditional. Mereka tidak berupaya mendapat pendapatan yang banyak melalui sektor ekonomi traditional dan secara tidak langsung keadaan ini akan menjejaskan perbelanjaan mereka yang termasuk pendidikan anak-anak. Kebanyakan daripada mereka tidak mampu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran kerana pendapatan keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan persekolahan. Hal ini demikian, mereka perlu menampung perbelanjaan untuk keperluan asas yang lebih penting untuk meneruskan kehidupan. Contohnya, makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya merupakan elemen yang tidak boleh dikurangkan dalam kehidupan. Oleh itu, pendidikan anak-anak telah diabaikan dan seterusnya dikorbankan dalam hal ini. Secara langsung, jurang pendidikan akan berlaku terutamanya di kawasan luar bandar.

           Tambahan pula, kemiskinan yang mengakibatkan faktor jarak juga tidak kurang peranannya dalam mewujudkan masalah jurang pendidikan. Kebanyakan tempat tinggal penduduk luar bandar adalah terletak di kawasan pedalaman. Jarak antara tempat tinggal mereka dan sekolah biasanya sangat jauh. Keadaan ini telah menyusahkan pelajar untuk pergi ke sekolah. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelajar di Kampung Marudi, Sarawak yang perlu menaiki bot dan berjalan kaki ke sekolah. Kekurangan kemudahan pengangkutan akibat kemiskinan menyusahkan pelajar untuk menuntut ilmu. Terdapat ibu bapa sanggup melepaskan peluang pendidikan anak mereka demi keselamatan anak. Dengan ini,  jurang pendidikan akan terus menjadi serius. Secara tuntas, kemiskinan telah mengundang masalah jurang pendidikan. Ramai anak bangsa  telah menjadi mangsa dalam isu kemiskinan dan terabai daripada pendidikan.

    3.3  Kekurangan Tenaga Pengajar Professional ICT

            Seiring dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan dalam menerapkan ilmu ICT dalam setiap kehidupan masyarakat masa kini. Tambahan pula, ilmu ICT semakin berkembang di negara maju dan juga negara sedang membangun. ICT juga digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang sama ada dari segi ekonomi, sosial, pentadbiran mahupun pendidikan. Oleh yang demikian, warga      pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perkembangan ICT pada masa kini. Warga kementerian pelajaran juga telah berusaha dalam melakukan anjakan paradigma bagi membudayakan kepelbagaian teknologi pendidikan meliputi penggunaan ICT.

          Oleh yang demikian, para pendidik seharusnya memberikan perhatian yang serius   terhadap perkembangan teknologi di sekolah bagi mempergiatkan penggunaan teknologi dan ICT di sekolah. Namun begitu, kebanyakan guru-guru di negara ini masih kurang mahir dalam penggunaan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang mahir berbanding generasi yang lahir selepas era 1990-an dalam penggunaan ICT. Kini, masih ramai guru-guru yang masih terkial-kial menggunakan microsoft word mahupun memasukkan data ke dalam komputer. Masalah ini menyukarkan pihak kerajaan dalam usaha mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah seluruh malaysia.

            Kekurangan guru profesional ini telah menyebabkan jurang digital yang sangat ketara antara sekolah kawasan luar bandar dan sekolah di kawasan bandar. Hal ini disebabkan kebanyakan guru profesional tidak sudi ditempatkan di kawasan luar bandar. Hal ini mengakibatkan kekurangan guru mahir ICT di kawasan luar bandar. Ternyata keadaan ini mangakibatkan masalah buta ICT dalam kalangan pelajar luar bandar.         

            Selain itu juga, masalah kekurangan guru profesional juga adalah disebabkan oleh insfrastruktur ICT yang kurang lengkap terutamanya di kawasan luar bandar. Kekurangan bahan ICT menjadikan guru kurang mahir dalam penggunaan ICT  dan tidak dapat mempraktikkannya di dalam kelas. Persoalannya, bagaimana guru-guru serta pelajar ingin mengaplikasikan penggunaan    ICT jika bahan tersebut tidak mencukupi. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad berkata dapatan kajian mengenai pembudayaan ICT dalam kalangan pengguna memerlukan pengurusan perubahan yang sistematik dan terarah. Tambahan pula, kita tidak dapat membudayakan ICT jika kemudahan serta bahan pengajaran dan pembelajaran tidak lengkap.

            Kekurangan tenaga pengajar profesional ini turut disebabkan oleh masalah kurangnya        perhatian pihak kerajaan dari sektor pendidikan dalam memberikan galakan serta latihan kepada guru dalam penggunaan ICT. Pihak yang terbabit kurang menjalankan bengkel kemahiran kepada para pendidik. Kekurangan latihan menjadi punca dalam melahirkan guru-guru yang cemerlang dalam penggunaan ICT. Jika bengkel ini dijalankan, mereka lebih memberikan tumpuan terhadap guru-guru di kawasan bandar berbanding luar bandar. Akhirnya guru-guru di kawasan bandar semakin mahir manakala guru-guru dikawasan luar bandar semakin ketinggalan dan mundur dari segi penggunaan ICT mahupun teknologi ini. Akhirnya hal ini telah mewujudkan jurang digital yang ketara antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar.

   3.4  Jurang Pelajar Biasa Dengan Orang Kurang Upaya (OKU)

      Jurang pendidikan antara pelajar biasa dengan OKU atau boleh dikatakan sebagai golongan ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) pelajar berkeupayaan khas termasuklah pelajar yang kurang upaya, pintar, cerdas dan berbakat. Pelajar yang dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah mereka yang mengalami masalah seperti kognitif ringan, masalah tingkah laku, simdrom down serta autisme. Pelajar normal pula merujuk kepada mereka yang dapat belajar secara normal seperti dapat memahami sesuatu mata pelajaran dengan baik berbanding mereka yang kurang upaya.

            Isu penyediaan kemudahan kepada kedua-dua golongan pelajar ini telah menjadi isu  utama dan menjadikan jurang yang ketara antara mereka dari aspek pembelajaran. Sebagaimana yang sedia maklum, pelajar normal lebih mendapat keutamaan dalam penyediaan kemudahan infrastruktur berbanding pelajar OKU. Misalnya, penyediaan alat bantuan mengajar bagi pelajar normal. Mereka diberikan banyak pilihan dalam menentukan dan mendapatkan alat bantuan mengajar dalam proses pembelajaran mereka seperti komputer, LCD, rangkaian internet dan banyak lagi. Kini, alat bantuan mengajar semakin canggih dan tidak menjadi halangan kepada pelajar biasa untuk belajar serta mencari maklumat. Tapi malangnya bagi golongan tertentu khususnya golongan OKU, mereka kurang mendapat perhatian daripada pihak tertentu untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Golongan ini seharusnya diberikan kemudahan infrastruktur yang lengkap sama ada dari segi teknologi mahupun keperluan yang lain. Hal ini dapat membantu mereka dalam mendapatkan maklumat serta memudahkan mereka menjalani pembelajaran yang berkesan agar mereka tidak tercicir. Selain itu, terdapat golongan yang mempunyai alat bantuan tetapi tidak mahir menggunakannya. Di samping itu, terdapat juga masalah dari segi pengisian program khas kepada pelajar serta masalah guru pendidikan khas yang tidak terlatih dan kurang mahir dalam mengelola pelajar kurang upaya ini. Program yang dijalankan biasanya lebih tertumpu kepada kemahiran teori sahaja dan kemahiran dalam teknikal jarang dipraktikkan seperti kemahiran membuat kraftangan, kemahiran dalam sukan serta kemahiran-kamahiran lain. Selain itu, program yang dijalankan itu tidak bersesuaian dengan kategori pemasalahan pelajar tidak berkeupayaan khas ini. Berbeza pula dengan pelajar normal, pelbagai program telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi pelajar terutamanya bagi pelajar pintar. Program yang dijalankan adalah seperti bengkel kecemerlangan pelajar serta bengkel kemahiran teknikal.


4.0         Cabaran

4.1 Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik      dalam bahasa Inggeris mengakibatkan Jurang Pendidikan

       Robiah Sidin (1994) menyatakan bahawa guru merupakan aset utama bagi memastikan perkembangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan di   sekolah. Setiap guru perlu sentiasa bersedia dan mampu menghadapi perubahan dari    semasa ke semasa. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik       dalam bahasa   Inggeris (PPSMI) terutamanya di sekolah luar bandar amat memerlukan persediaan tenaga pengajar untuk menerima dan melaksanakannya   dengan bersungguh-sungguh. Akan tetapi, keadaan ini tidak berlaku seperti yang dihasratkan. Jika ditinjau dengan teliti, banyak guru di luar bandar adalah terdiri daripada guru baru dan tidak begitu berpengalaman. Fenomena ini berlaku kerana ramai guru yang berpengalaman terutamanya yang sudah berkeluarga tidak sudi untuk berkhidmat di kawasan luar bandar. Hal ini kerana wujudnya masalah      kekurangan kemudahan asas dan infrastuktur, masalah pengangkutan, masalah jarak sekolah dari tempat tinggal, masalah enggan berpisah dengan keluarga dan sebagainya. Oleh itu, pelaksanaan PPSMI yang amat memerlukan guru yang berpengalaman dan berkemampuan akan mengalami cabaran dalam hal ini.

            Serentak dengan konteks yang dibincangkan, lumrahnya guru baru tidak begitu berpengalaman dan tidak  mampu untuk membuat persediaan yang sempurna dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka masih tidak begitu memahami  keadaan pelajar, terutamanya pelajar luar bandar. Kualiti guru baru yang terhad banyak mempengaruhi keberkesanan pengajaran kepada pelajar. Secara langsungnya, kualiti pelajar juga akan terjejas. Selain itu, masalah kemahiran bahasa Inggeris guru mata pelajaran Sains dan Matematik yang juga merupakan salah satu ranjau yang perlu ditempuhi. Sebelum pelaksanaan PPSMI, guru mata pelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa ibunda, terutamanya bahasa Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, guru yang tidak begitu mahir untuk    berbahasa Inggeris telah menjadi satu masalah untuk mengajar pelajarnya. Pelaksanaan PPSMI boleh dikatakan salah satu cabaran yang besar kepada mereka, terutamanya guru yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris. Mereka mengalami masalah untuk bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan tepat dan secara langsung mereka akan menghadapi masalah untuk menyampaikan ilmu yang berkenaan kepada pelajarnya. Oleh itu, ilmu pengetahuan tidak dapat disampaikan kepada pelajar dengan berkesan. Pencapaian pelajar luar bandar akan terjejas kerana kebanyakan pelajar luar bandar bergantung pada guru dengan sepenuhnya.

           Omar Hashim (1991) berpendapat bahawa guru harus memiliki beberapa kemahiran dengan keperluan zaman globalisasi ini dan salah satunya adalah kemahiran     menggunakan media elektronik serta komputer untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Penggunaan media elektonik seperti projektor, komputer, internet dan sebagainya telah menjadi satu keperluan dan ia merupakan wahana yang penting dalam pengajaran terutamanya mata pelajaran Sains. Penggunaan alat elektronik juga        dapat membantu pelajar untuk memahami pelajaran kerana dapat menunjukkan          gambaran atau situasi yang sebenar kepada pelajar. Contohnya, penggunaan tayangan video untuk mengajar mata pelajaran biologi dan fizik adalah lebih berkesan. Di samping itu, penggunaan tayangan slide yang penuh dengan animasi  juga dapat menarik minat pelajar untuk    belajar. Malangnya, masih terdapat sebahagian  guru yang tidak       mempunyai kemahiran menggunakan media elektronik dan keadaan ini biasanya     berlaku di kawasan luar bandar. Pelajar yang tidak terdedah dengan pengajaran melalui media elektronik adalah lebih rugi dan proses pembelajaran mereka mungkin akan lebih lambat kerana mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk memahami pelajaran. Justeru, guru yang tidak mempunyai kemahiran menggunakan media elektronik dalam pengajaran akan menyusahkan pelajarnya dan seterusnya menjejaskan prestasi pencapaian akademik, terutamanya mata pelajaran Sains dan Matematik.

            Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan PPSMI merupakan satu dasar yang  berhasrat mendatangkan kebaikan kepada pelajar mahupun masyarakat dan negara.    Jika ditinjau dengan lebih teliti, boleh didapati bahawa pelaksanaan PPSMI pada  masa yang sama juga mengundang banyak kemelut kepada pelajar, dan terutamanya pelajar luar bandar. Pelajar luar bandar boleh dikatakan merupakan mangsa utama dalam pelaksanaan dasar ini. Kebanyakan pelajar luar bandar tidak mendapat manfaat  melalui dasar ini malah memburukkan lagi pencapaian akademik mereka dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

   4.2  Cabaran Kemiskinan
Isu kemiskinan merupakan fenomana yang sering berlaku di luar bandar. Namun    fenomena ini juga wujud di kawasan bandar. Walaupun peratusan kemiskinan di bandar adalah lebih rendah berbanding dengan peratusan kemiskinan di luar bandar, yang pasti kesan kemiskinan lebih terasa oleh penduduk miskin di kawasan bandar. Oleh itu, pelbagai cabaran perlu dikenalpastikan supaya pendekatan yang efisien dan betul dapat dilaksanakan untuk membendung fenomena ini. Kajian yang dijalankan mengenai kemiskinan dan pembangunan desa sering menunjukkan tahap pendidikan keluarga miskin adalah rendah. Misalnya kajian tentang sosioekonomi rakyat termiskin oleh Chamhuri 1994, pada tahun 2001 beliau mendapati bahawa tahap pendidikan keluarga miskin adalah lebih rendah berbanding bukan miskin.

     Antara cabaran-cabaran yang sering diperkatakan ialah kurangnya kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pendidikan. Mereka lebih suka anak-anak mereka bekerja berbanding meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat juga segelintir ibu bapa membiarkan saja anak-anak mereka ponteng sekolah kerana meraka berpendapat bahawa ilmu tidaklah begitu penting. Bagi mereka ilmu yang dipelajari di sekolah hanya membazirkan wang mereka tanpa memberikan keuntungan kepada mereka. Ibu bapa mereka lebih rela untuk membiarkan anak-anak mereka bekerja bagi menyara kehidupan keluarga seperti bekerja di sawah, ladang, kebun dan laut. Di samping itu, terdapat juga para pelajar yang membantu kerja-kerja rumah seperti menjaga adik ketika ibu bapa mereka bekerja. Oleh itu, mereka tidak mendapat peluang untuk ke sekolah seperti pelajar-pelajar lain.

     Cabaran kedua ialah faktor jarak. Jarak ini merujuk kepada jarak  di antara sekolah             dengan tempat tinggal seseorang pelajar. Masalah jarak sering dialami oleh mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Hal ini disebabkan kemudahan pengangkutan dan infrastruktur di kawasan luar bandar yang kurang  memuaskan seterusnya menyebabkan mobiliti  pelajar terjejas. Dengan secara tidak langsung,  pelajar  tidak mempunyai motivasi untuk melanjutkan pelajaran dan tercicir daripada          melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut laporan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang  Ahli, 34.31 peratus murid tercicir daripada memasuki sekolah menengah manakala  46.28 peratus lagi dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

     Selain daripada faktor jarak, kekurangan kemudahan  seperti sekolah, perpustakaan, dan sebagainya juga merupakan cabaran bagi pelajar miskin. Mereka yang miskin tidak berkemampuan untuk membeli buku amat bergantung pada kemudahan perpustakaan untuk menambah ilmu. Kekurangan kemudahan perpustakaan akan menyusahkan pelajar luar bandar untuk menambah ilmu. Oleh itu, peluang untuk mereka terdedah dengan ilmu terbaru adalah amat terhad. Dengan ini, mereka akan ketinggalan berbanding dengan pelajar di kawasan bandar. Jurang pendidikan antara pelajar luar bandar dan bandar akan menjadi semakin besar.

   4.3  Cabaran Dalam Jurang ICT
      Masalah jurang literasi ICT berpunca daripada jurang digital yang wujud dalam semua peringkat masyarakat. Jurang ICT ini semakin ketara terutamanya  antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Hal yang demikian adalah bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti. Jurang ICT ini turut memberi kesan ke atas sektor pendidikan di negara kita.

            Pelbagai halangan yang wujud dalam jurang ICT seperti kekurangan pengalaman   asas digital disebabkan oleh kurangnya minat masyarakat terhadap bidang ICT. Masyarakat luar bandar kurang berminat dalam bidang ICT disebabkan mereka kurang terdedah  kepada  penggunaan serta kepentingan ICT dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, mtelah memberi impak negatif ke atas sistem pendidikan negara. Kekurangan kesedaran masyarakat tentang kepentingan ICT telah menyebabkan bidang ICT ini kurang berkembang di kawasan luar bandar.

           Selain itu, ia turut disebabkan oleh kekurangan akses yang diakibatkan oleh  kekurangan peralatan dan perkhidmatan seperti perkakasan komputer dan  rangkaiannya.  Kebiasaannya masalah ini berlaku di sekolah kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman serta kawasan terpencil. Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar ini telah menyebabkan berlaku jurang ICT yang ketara antara kawasan tersebut. Sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman dikatakan jarang atau dengan kata lainnya kawasan sekolah di pedalaman tidak memperolehi langsung kemudahan ICT.  Hal ini menyebabkan pelajar kurang terdedah dengan ICT dan akhirnya menjadikan mereka buta ICT.

          Tambahan pula, wujudnya jurang digital ini juga disebabkan kekurangan kemahiran guru di sekolah yang berpunca daripada teknologi yang tidak mesra pengguna di samping tenaga pengajar yang kurang pengetahuan ICT dan sokongan sosial. Guru yang kurang pengetahuan ICT menyebabkan mereka tidak mampu dan kemahiran semasa  menggunakan ICT yang disediakan oleh pihak kerajaan di sekolah. Hal ini telah memberikan impak yang besar kepada pelajar. Masalah ini       boleh dikatakan berpunca daripada latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah. Kerajaan haruslah menyediakan peruntukan bagi membantu para pendidik dalam meningkatkan kemahiran mereka dengan cara yang lebih efektif.

            Selain itu, kekurangan peluang penggunaan turut akan menjadi halangan dalam akses ini. Misalnya pelajar-pelajar di luar bandar yang kurang didedahkan dengan penggunaan  komputer dan teknologi lain akibat daripada kekangan kemudahan infrastruktur ini menyebabkan peluang mereka untuk menggunakan kemudahan ini terbatas. Seperti yang kita ketahui, penggunaan ICT di kawasan bandar semakin meluas dari hari ke hari sedangkan kawasan luar bandar dan pedalaman masih dibelenggu dengan masalah kekurangan ICT dikawasan mereka malahan ia sangat ketara. Masalah ini disebabkan kesukaran untuk membawa masuk teknologi ini akibat kekangan geografi  dan fizikal kawasan tersebut. Contohnya,di kawasan pedalaman sabah dan sarawak yang sukar untuk didedahkan dengan teknologi ini akibat kesukaran membawa peralatan teknologi akibat kekangan struktur muka bumi.

   4.4  Cabaran yang timbul antara pelajar biasa dengan Pelajar Kurang Upaya
      Antara cabaran yang wujud adalah seperti masalah tenaga pengajar orang kurang upaya(OKU). Hal ini demikian kerana, kerajaan mengalami kekurangan guru yang berkemahiran dalam bidang ini berikutan ramai golongan mahasiswa dan mahasisiwa di Institusi Pengajian Tinggi sama ada di IPTA atau IPTS  yang mengambil bidang pendidikan lebih cenderung memilih bidang pendidikan biasa berbanding pendidikan khas. Hal ini menyebabkan jumlah guru yang mengajar pelajar pendidikan khas sangat terhad. Namun begitu walaupun terdapat tenaga pengajar yang ingin mengajar timbul pula masalah lain seperti golongan pengajar yang tidak berkemahiran dan tidak terlatih dalam subjek yang kritikal terutamanya di sekolah-sekolah pedalaman. Alasan mereka ialah kesukaran untuk memberikan maklumat dan cara penyampaian supaya pelajar kurang upaya memahami apa yang dipelajari. Mereka juga tidak mahu mengambil risiko yang tinggi untuk mengajar pelajar OKU terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman. Selain itu, cabaran kepada pihak KPM untuk menyediakan kurikulum yang sesuai kepada pelajar pintar cerdas dan menyediakan sekolah seni bagi mereka yang berbakat serta cenderung dalam bidang seni.

            Selain itu, cabaran lain yang dihadapi ialah dari aspek pelajar OKU itu sendiri. Fenomana ini berlaku kerana mereka lebih suka mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat sekeliling berikutan malu dengan keadaan fizikal mereka yang tidak sempurna. Di samping itu, juga masalah  ibu bapa yang kurang mendapat kesedaran bahawa anak mereka yang tidak upaya juga perlu diberi keutamaan dalam bidang pendidikan. Oleh itu, mereka tidak mahu belajar dan menganggap belajar sangat menyukarkan.

            Di samping itu juga, cabaran yang dihadapi ialah ketiadaan bajet untuk menyediakan kemudahan infrastruktuk khusus bagi golongan pelajar pendidikan khas, misalnya penyediaan kawasan untuk membina sekolah pendidikan khas. Selain itu, kekangan dalam mendapatkan peralatan bantuan mengajar. Hal ini kerana, pihak kerajaan tidak  memandang kes ini sebagai sesuatu yang serius sehinggalah menyebabkan pelajar pendidikan khas ramai yang tercicir dalam pendidikan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

           Tidak hairan juga ada antara kanak-kanak kurang upaya yang tidak terbela sehinggakan terpaksa ditempatkan di rumah-rumah kebajikan. Hal ini turut menjadi kekangan kerana mereka tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga mereka sendiri, sekaligus menyebabkan mereka menjadi tersisih dan menganggap diri sebagai seorang yang tidak membawa kepentingan kepada keluarga dan  masyarakat.

            Selain itu, kekurangan buku rujukan kepada pelajar pendidikan khas misalnya kepada pelajar buta yang kurang mendapat bahan rujukan untuk belajar. Bagi pelajar bisu dan pekak mereka tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan sumber rujukan tetapi meraka menghadapi masalah apabila meminta penjelasan mengenai apa yang tidak difahami. Untuk golongan pelajar sindrom down pula, mereka tidak mendapat pendidikan formal berikutan golongan mereka yang sukar diajar dalan sistem pendidikan formal, mereka hanya dapat didedahkan dengan sistem pendidikan tidak formal sahaja seperti mengajar mereka dengan cara praktikal.

5.0         Pendekatan

5.1    Langkah mengatasi jurang pendidikan akibat pelaksanaan Pengajaran
      dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
       Robiah Sidin (1994) mengatakan bahawa salah satu kriteria yang perlu dimiliki oleh           guru untuk mempunyai kesediaan dan mampu mengahadapi persediaan adalah sentiasa mengikuti peredaran masa. Dalam konteks membincangkan pelaksanaan             Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris amat    memerlukan tenaga pengajar yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri dari      semasa ke semasa, terutamanya dari aspek peningkatan ilmu dan bahasa Inggeris.   Sebagai contoh, guru harus banyak membaca buku tambahan dan menggunakan       bahasa Inggeris. Di samping itu, guru juga harus selalu mengikuti perkembangan     pendidikan global untuk menimbakan ilmu dan meningkatkan kaedah pengajaran. Dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris guru PPSMI, kerajaan             juga tidak ketinggalan peranannya. Misalannya, latihan intensif bahasa Inggeris (Kursus ETeMS) telah dijalankan terhadap guru PPSMI. Nanum begitu, guru tidak    harus bergantung pada Kursus ETeMS semata – mata, inisiatif ini perlu disokong      melalui usaha guru kendiri dengan membiasakan diri dengan bahasa Inggeris. Dengan         peningkatan guru PPSMI yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, terutamanya di kawasan luar bandar, barulah jurang pendidikan dapat dieratkan.

       Peningkatan bilangan guru berpengalaman juga tidak kurang penting dalam usaha  mengurangkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar. Dalam hal ini, kerajaan harus meningkatkan elaun atau menambahbaikan infrastuktur di luar bandar      untuk menarik minat guru untuk terus berusaha di kawasan luar bandar. Keperluan asas guru harus dijamin oleh kerajaan untuk memastikan guru dapat berusaha di luar bandar tanpa kekurangan. Seperti yang sedia maklum, kerajaan juga telah    melaksanakan Bayaran Intensif Subjek Pendidikan (BISP)  kepada guru mengikut syarat – syarat yang ditetapkan sebagai dorongan. Pelaksanaan BISP dapat mendorong guru untuk berusaha dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya, Sains dan Matematik.

           Selain meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris guru dan bilangan guru pengalaman,       kemahiran guru menggunakan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik juga harus ditingkatkan. Guru juga harus diberi latihan   penggunaan media elektonik agar guru dapat menggunakan alat media elektronik yang berkenaan untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Dengan menjaminkan  keperluan dan kualiti guru barulah sistem pendidikan di kawasan luar bandar dapat berkembang dan meningkatkan kualiti pelajar.

          Seterusnya, penguasaaan bahasa Inggeris pelajar kawasan luar bandar yang lemah harus ditingkatkan supaya mereka dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Beberapa kaedah atau strategi boleh   diaplikasikan untuk meningkatkan penguasaan bahasa
      Inggeris pelajar. Kelas   tambahan Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik boleh diadakan supaya guru         mempunyai masa yang mencukupi untuk mengajar pelajar, terutamanya pelajar luar  bandar yang lebih lemah dalam bahasa Inggeris. Dalam usaha meningkatkan  penguasaan bahasa Inggeris pelajar, pihak sekolah memainkan peranan yang dominan. Pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Contohnya, Minggu Berbahasa Inggeris boleh dijalankan setiap bulan untuk membudayakan pelajar berbahasa Inggeris. Buku bahasa Inggeris di perpustakaan juga harus diperbanyak agar meningkatkan pendedahan pelajar kepada bahasa Inggeris. Dengan secara tidak langsung, penguasaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik pelajar dapat ditingkatkan dan selanjutnya jurang pendidikan dapat diminimumkan.


 5.2  Pendekatan untuk membendung masalah kemiskinan
       Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. KPM telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

            Pihak kerajaan amat mementingkan masalah keciciran dalam kalangan masyarakat. Kerajaan akan memperluaskan sekolah komprehensif di kawasan pendalaman terutamanya Sarawak khususnya di kawasan Baram bagi menangani masalah keciciran terutamanya di kalangan kaum Penan. Langkah ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan kaum Penan yang masih jauh ketinggalan.  Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lebih 125,000 kanak kanak yang mencapai umur persekolahan tercicir daripada alam persekolahan di luar      bandar dan pedalaman. Menurutnya banyak usaha perlu dilakukan bagi memastikan semua rakyat telah mengambil tindakan yang relaven untuk mengatasi masalah tersebut dengan memperkenalkan pelbagai program pemulihan atau penambahbaikan. Dengan menunaikan tanggungjawab ini, Jabatan Pendidikan Khas memutuskan untuk ‘turun padang’ dengan melancarkan ‘Program Outreach’. Program ini merupakan satu             perkhidmatan bergerak untuk mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan khas di     bawah lingkungan umur persekolah. Melalau program ini, maklumat berkaitan   program pendidikan khas, kebajikan murid serta hal berkenaan masalah pendengaran, pertuturan, penglihatan serta masalah pembelanjaran dapat disebarkan.

          Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan dari segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar, bagi memantapkan sistem pengagihan bantuan, berbagai-bagai program perlu diwujudkan supaya kebajikan pelajar-pelajar miskin terpelihara. Antara yang boleh dilakukan  ialah memantau pelaksaan program secara berterusan, mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta. Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK) ditubuhkan pada 16 Mac 1990 yang berdaftar di bawah Akta Amanah Ordinan, 1952. YBK ini dilancarkan secara rasmi pada April 1990 oleh Tan Sri Haji Muhammad Haji Muhd. Taib untuk memastikan kemiskinan dan ketaksamaan dapat dikurangkan, kerajaan telah mempelbagaikan program terus pembangunan di luar bandar.

           Selain itu, bantuan dari segi kewangan juga dapat mengatasi masalah keciciran pelajar disebabkan kemiskinan. Contohnya sebanyak 179,227 pelajar miskin menerima peruntukan tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM) berjumlah RM21.4 juta. Menurut Datuk Seri Hishammudi Tun Hussein, KWAPM akan mendahului Kelantan, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan kuala Lumpur serta Perlis. Setiap seorang pelajar miskin akan menerima RM120 bagi    pembelian tersebut yang sebelum ini peruntukan itu disediakan dibawa Belanja Mengurus yang dikenali ‘One-Off’.

        Selain memberi bantuan, menyediakan kemudahan dan perbekalan di semua sekolah           terutamanya sekolah pedalaman. Kemudahan dan perbekalan pelajaran yang disediakan adalah banyak serta beraneka jenis masing-masing mempunyai hubung-  kait yang tersendiri dengan kegiatan pengajaran dan pembelanjaran yang dijalankan di sekolah-sekolah. Antara kemudahan ialah kemudahan fizikal, asrama, buku teks,  perpustakaan, bantuan makanan tambahan dan sekolah redah pusat.  Bantuan tersebut  ada memberi kemudahan kepada para pelajar dan membendung jurang pendidikan. Contohnya, asrama dibina dengan tujuan untuk member ikemudahan tempat tinggal     yang berdekatan dengan sekolah kepada murid-murid datang dari jauh, terutamanya mereka yang miskin.
   
   5.3  Pendekatan Jurang ICT
      Penggunaan teknologi komunikasi dan  maklumat (ICT) merupakan salah satu asas dalam pembentukan generasi serta pelajar-pelajar yang berkualiti pada masa kini.   Tambahan pula, ICT ini banyak member sumbangan kepada Negara samaada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Hal ini telah menyebabkan penggunaan ICT di negara kita berkembang dengan pesat. Kepesatan ini juga secara tidak disedari telah   mewujudkan jurang ICT dalam kalangan masyarakat di negara kita dan hal ini sudah pasti turut memberikan kesan dalam sektor pendidikan di negara kita. Pelbagai       langkah yang telah diambil serta wajar  diambil oleh pihak kerajaan malaysia bagi mengurangkan jurang digital yang berlaku dalam sektor pendidikan.

           Antara langkah serta pendekatan yang harus dijalankan adalah dengan mempergiatkan lagi kempen kesedaran dalam penggunaan komputer dan juga ICT terutama di kawasan luar bandar, kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli.      Hal ini dapat membantu menyedarkan masyarakat malaysia di kawasan luar bandar  tentang kepentingan ICT serta faedah yang boleh didapati dalam penggunaan ICT. Apabila golongan masyarakat sedar tentang kepentingan penggunaan ICT dalam   kehidupan secara semulajadinya, mereka akan memberikan galakan kepada anak- anak mereka dalam mempelajari tetntang penggnaan Ict. Antara program yang dijalankan dalam kempen kesedaran yang telah dilancarkan oleh kerajaan ini adalah  E-Komuniti Malaysia yang menempatkan bahan digital di setiap kawasan dalam menggalakkan penggunaan digital dalam kalangan masyarakat.

           Selain itu juga, pihak kerajaan harus menyediakan lebih banyak kemudahan dalam bidang ICT ini di setiap sekolah-sekolah diseluruh malaysia tanpa mengambil kira kawasan, jarak atau jenis sekolah. Kerajaan kini telah dalam usaha meningkatkan kemudahan ICT diseluruh sekolah bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tanpa mengira peringkat umur tentang penggunaan ICT ini. Datuk Dr Ahamad pernah berkata bahawa segala kemudahan serta infrastruktur ICT telah diperkenalkan di sekolah dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, bahan- bahan ICT yang disediakan di sekolah-sekolah ini harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua guru, pelajar dan juga pihak pentadbir.

            Salah satu pendekatan yang berkesan dalam memantapkan penggunaan digital disekolah dalam mengurangkan jurang ICT ialah dengan memberikan latihan serta    bengkel kemahiran kepada guru-guru di setiap sekolah. Hal ini demikian bertujuan  mengurangkan kadar guru-guru buta komputer. Dalam bengkel kemahiran tersebut, para pendidik harus diberikan penekanan dalam penggunaan komputer serta ICT bagi tujuan menambahkan pengetahuan mereka mendidik pelajar dalam menggunakan ICT. Oleh yang demikian kerajaan turut menjalankan program untuk para guru iaitu             Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dalam program ini guru-guru diberikan taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pembelajaran dalam pengajaran pelajar  oleh tenaga pengajar terlatih.
        Kerajaan juga turut memperkenalkan pelbagai program dalam meningkatkan  pengetahuan serta penggunaan pelajar dalam bidang ICT ini antaranya program pembestarian sekolah. Program pembestarian sekolah ini menggambarkan komitmen  dan kesungguhan pihak kerajaan dalam membangunkan pendidikan berkualiti yang   bertaraf dunia. Program pembestarian sekolah ialah proses pengajaran dan  pembelajaran yang lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar di sekolah bestari ini adalah sangat   bertepatan dalam tujuan memberikan pendidikan tentang ICT dalam kalangan pelajar. Pendekatan serta penggunaan ICT ini tidak terikat kepada bidang kurikulum sahaja   malahan ia turut melibatkan pelbagai bidang penting di sekolah. Hal ini turut memberikan kesan kepada pentakbiran sekolah kerana ia dapat melancarkan      pengurusan di sekolah tersebut.
    
5.4 Pendekatan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah antara pelajar bias      dengan OKU
       Antara pendekatan yang dibuat adalah seperti peranan pihak kerajaan, terutamanya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti memperluas dan mempertingkatkan pengisian program khas integriti bermasalah pembelajaran, iaitu dengan menyediakan guru pendidikan khas yang terlatih serta menyediakan pembantu pengurusan murid yang mencukupi. Seterusnya menjalankan kursus pra-vokasional pendidikan khas untuk guru pendidikan khas sekolah menengah dan kursus ko-kurikulum untuk guru pendidikan khas sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah dijalankan antara tahun 2006 hingga 2008. Pendekatan kedua ialah pihak kerajaan akan menjalankan latihan kepada golongan OKU ini, misalnya dengan menjalankan latihan penjagaan diri dan kemahiran hidup asas diberikan seawal mungkin agar mereka tidak merasakan diri sebagai seorang yang tidak membawa aset kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kemudiannya diikuti pula dengan kemahiran menyesuaikan diri dan pendedahan kepada pengalaman hidup sebenar sejajar dengan peralihan kehidupan inklusif dalam persekitaran keluarga, sosial dan komuniti.

           Yang seharusnya menjalankan latihan kepada golongan ini, misalnya dengan menjalankan latihan penjagaan diri dan kemahiran hidup asas diberikan seawal mungkin, dan diikuti pula dengan kemahiran menyesuaikan diri dan pendedahan kepada pengalaman hidup sebenar sejajar dengan peralihan kehidupan inklusif dalam persekitaran keluarga, sosial dan komuniti. Di samping itu juga KPM perlu menyediakan lebih banyak infrastruktur dengan menambahkan bajet seperti, kemudahan dan program yang releven. Selain daripada itu, KPM juga menyediakan pentaksiran altenatif, menyediakan kemudahan ICT yang sesuai dengan mereka yang kurang upaya ini. Tambahan lagi, KPM juga  turut menjalankan perkongsian pintar dengan badan sukarela dan kementerian lain yang turut menyediakan perkhidmatan untuk pelajar kurang upaya. Untuk memberi peluang kepada murid yang pintar dan cerdas pula, Kelas Rancangan Khas (KRK)  diadakan di sekolah biasa. Mereka akan diberi penekanan yang lebih untuk meningkatkan lagi potensi mereka dalam pelajaran.

           Pihak kementerian menyediakan pendidikan khas dengan membina sekolah pendidikan khas yang terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah. Pihak kementerian juga turut menjalankan program pendidikan khas integriti di sekolah harian bagi membolehkan lebih ramai OKU mendapat pendidikan formal. Program yang dijalankan ini dapat dibuktikan dengan kejayaan pada tahun 2000 meningkat daripada 564 kepada 973 pada tahun lalu. Dalam tahun 2005 pula sebanyak 32 program pendidikan khas integriti untuk pelajar bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. Seterusnya, bagi kanak-kanak kurang upaya yang berusia kurang daripada 4 tahun akan mendapat pendidikan intervensi awal di pusat kelolaan kementerian kesihatan atau di Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat atau di pusat-pusat  kelolaan badan sukarela. Pusat Pemulihan Komuniti  (PDK) juga menyediakan pendidikan kepada pelajar kurang upaya dengan lebih dari satu jenis kecacatan.


6.0         Penutup
      Keseluruhannya, sistem pendidikan negara kita mengalami perubahan kepadapendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Perubahan  ini memberi kesan langsung terhadap perkembangan pendidikan yang selaras dengan era globalisasi yang  melibatkan semua peringkat sekolah seperti sekolah rendah, menengah dan juga institusi tinggi. Apa yang pasti, jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan penyediaan asas secara berterusan dan pada masa yang sama, kementerian perlu merancang untuk melonjak sistem pendidikan ke tahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat diatasi. Hal ini demikan kerana kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi teknologi ataupun ekonomi amat bergantung kepada generasi muda yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi . Oleh itu, halangan-halangan melahirkan modal insan yang berdaya maju perlu dikenalpastikan supaya pendekatan yang betul dapat dilaksanakan. Oleh itu, bantuan Persekolahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajar Malaysia mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Di samping itu, kejayaan dalam merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui usaha dan komitmen berterusan daripada semua pihak, terutamanya pegawai pelaksana, ibu bapa, badan bukan kerajaan , kumpulan masyarakat, dan penderma. Tambahan pula, semua pihak pelaksana haruslah mengambil perhatian dan komitmen yang tinggi bukan sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid, tetapi juga dalam aspek kebajikan dan keperluan sosial murid terutamanya di kawasan pedalaman.


Bibliografi
Azlina Hilma Hillaluddin (2006) Isu – isu & Pendidikan Kerja Sosial.                              
Jabatan Penerbitan dan Teknologi Media UUM
Izham Yusoff (10/10/06) Menggempur Kemiskinan Menerusi Pendidikan                        
          Utusan Melayu
Norizan Abdul Razak, Rozainee Khairudin, Ravichandran Vengadasamy  Isu - Isu          Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK-9)
Pencapaian Dalam Mengatasi Jurang (18/01/2007) Utusan Malaysia                                          pendidikanhttp://www.utusan.com.my/utusan/infor.asp?y 
          2007&dt=0118&pub=Utusan Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_04.                     Diperoleh pada 19 Januari 2010.
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
          http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran dan Pembelanjaran Sains dan Matematik
           k d dalam_Bahasa_Inggeris

Pelajar Miskin 179227 Terima RM21.4 juta (12/03/05) Utusan Malaysia
Program Outreach Pasyi Anak Orang Asli Terima Pendidikan (21/09/06) Berita Harian 
Siti Masayu Rosliah Binti Abdul Rashid (2008) Peluang Dan Cabaran Pendidikan   
          Dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar.                                                http://eprints.usm.my/10323/1/PELUANG DAN CABARAAN PENDIDIKAN
         DALAM MASYARAKAT LUAR BANDAR .pdf .Diperoleh pada 19 January 2010.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...