Sunday 1 January 2012

Industri Kecil Sederhana (Iks).

Pengenalan
1.0 Definisi Industri Kecil Sederhana
Terdapat pelbagai definisi yang dapat diberikan kepada Industir Kecil Sederhana (IKS). Hal ini demikian kerana, ia mengikuti aspek-aspek  tertentu bagi sesuatu jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah kerja yang diupah, saiz aset tetap, modal, jualan dan sebagainya.  Sebuah negara menggunakan saiz piawai dan kriteria yang berbeza sabagai pengukuran dan pentaksiran IKS. Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan dan mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industir kecil dan Sederhana. IKS dalam sektor perkilangan didefinisikan sebagai syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan yang tidak melebihi RM 25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.
Manakala menurut Kemeterian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di dalam laporannya pada tahun 1994 telah mendefinisikan IKS daripada sudut modalnya. Seperti industir kecil, jumlah modalnya adalah kurang daripada RM 500,000 dan industri sederhana pula memiliki jumlah modal dalam lingkungan RM 500, 000 hingga  RM 2.5 juta. Berdasarkan kepada definisi ini menunjukkan IKS dapat dikategorikan kepada banyak jenis mengikut aspek-aspek tertentu. Menurut kajian oleh MITI juga, didapati IKS Di Malaysia lebih tertumpu kepada industri yang berasaskan kepada makanan, pemasaran dan perabot serta kejuruteraan ringan yang hanya berasaskan kepada bahan binaan sahaja. 
Walau bagaimanapun, IKS merupakan salah satu sektor yang mampu manyumbangkan sejumlah kecil kepada KDNK negara. Ini menunjukkan IKS mampu untuk dikembangkan lagi dan boleh diterokai agar bidang ini mampu memberikan lebih banyak sumbangan kepada negara disamping mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Keadaan ini mampu mengurangkan sedikit peratus pengangguran.  Selain itu juga, IKS mampu menjadi teras kepada proses perindustrian negara. Perkembangan IKS yang semakin ramai menceburinya, boleh meningkatkan daya saing negara seterusnya setiap pengusaha akan berusaha meningkatkan industri masing-masing dengan persaingan sihat. Pada keseluruhannya IKS  merupakan industri antara bahagian yang memainkan peranan penting dalam mencapai wawasan 2020.


2.0  Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor.
Kajian Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dijalankan di kawasan Kampung Sungai Haji Dorani, Mukim Panchang Bedena, Daerah Sabak Bernam, Selangor. Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam ini mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Sebuah kawasan yang dikelilingi oleh sawah dan laut menjadikan Kampung Sungai Haji Dorani ini sebagai satu tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati.
            Oleh kerana, panorama yang cantik di Kampung Sungai Haji Dorani ini, pihak jawatankuasa kampung dengan kerjasama penduduk kampung telah menubuhkan satu perkampungan ‘homestay’ di mana para pelawat boleh tinggal beberapa hari bersama penduduk Kampung Sungai Haji Dorani ini bagi merasai dan menikmati keindahan kampung ini di samping beramah mesra dengan penduduk kampung. Pelbagai aktiviti telah di sediakan oleh penduduk kampung untuk meraikan para pelawat mereka. Antara contoh aktiviti-aktiviti yang di tawarkan dalam pakej ‘homestay’ di kampung ini ialah melawat perusahaan kuih dan makanan, memancing belut, mencari kerang di pantai dan sebagainya.
Selain itu, penduduk di Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam ini sangat terkenal dengan Industri Kecil dan Sederhana di negeri Selangor. Hal ini kerana, masyarakat di kampung ini sangat komited dalam menyambut seruan kerajaan iaitu seruan satu kampung satu industri. Oleh yang demikian, banyak perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana yang tumbuh dan maju di kampung ini. Kajian yang telah dijalankan ini memberi fokus kepada perusahaan kerepek dan juga nata de coco.

3.0  Perusahaan kerepek oleh Puan Samsina bt. Osman dan suaminya Encik Mohd Anuar bin Mat Arshad, Syarikat Orang Kampung Pekan Selasa Lama.

Kajian Industri Kecil dan Sederhana yang dijalankan disekitar kawasan ‘homestay’ Kg. Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor. Industri Kecil dan Sederhana  yang dipilih adalah perusahaan kerepek. Perusahaan kerepek merupakan satu perusahan yang diusahakan oleh penduduk Kampung Sungai Haji Dorani ini selain daripada perusahaan nata de coco, bahulu dan sebagainya. Perusahaan kerepek yang dipilih  ini telah  dijalankan oleh  Puan Samsina bt. Osman dan suaminya Encik Mohd Anuar bin Mat Arshad. Beliau menjalankan perusahaan kerepek dibawah nama Syarikat Orang Kampung Pekan Selasa Lama.

3.1  Jenis perusahaan

Jenis perusahaan yang dijalankan adalah perusahaan kecil dan sederhana atau IKS iaitu perusahaan kerepek. Beliau menjalankan perusahaan kerepek ini secara kecil-kecilan dan dijalankan di rumah dengan menggunakan peralatan secara tradisional pada awalnya. Pengusaha telah menjalankan perusahaan ini sudah melebihi 15 tahun.

3.2  Barangan yang diusahakan

Industri  yang  kami kaji ini menjalankan perusahaan kerepek secara kecil-kecilan. Selain dari perusahaan kerepek, beliau juga menjalankan perusahaan dodol, kuih raya,  kuih siput dan lain-lain. Walaupun beliau menjalankan banyak jenis perniagaan tetapi perusahaan yang utama dijalankan oleh beliau adalah kerepek. Barangan lain adalah sebagai sampingan dan diusahakan mengikut tempahan daripada pelanggan terutama sekali apabila menjelang musim perayaan.



Gambar 1 : jenis barangan yang diusahakan oleh pengusaha IKS yang dikaji.

3.3  Bilangan pekerja

Pengusaha mempunyai bilangan pekerja seramai 4 orang hingga 8 orang. Pekerja-pekerja ini terdiri daripada penduduk yang berumur dalam lingkungan 30 tahun hingga 40 tahun. Pekerja adalah terdiri daripada penduduk sekitar yang bekerja sebagai suri rumah. Pekerja-pekerja ini biasanya bekerja 7 hari seminggu dan mereka bekerja mengikut keperluan yang ada. Namun begitu, bilangan pekerja biasanya akan bertambah apabila tiba musim perayaan. Oleh kerana kadar permintaan yang diterima ketika musim perayaan, pengusaha biasanya mengambil inisiatif untuk menambah bilangan pekerja bagi melicin serta melancarkan proses menyiapkan tempahan pelanggan.

3.4  Modal
Dalam memperkembangkan perusahaan ini, pengusaha pada mulanya menggunakan modal yang dikeluarkan sendiri. Setelah menerima respon positif daripada para pelanggan pengusaha mula mendapatkan modal dengan memohon pinjaman daripada amanah ikhtiar. Menurut pengusaha Amanah Ikthiar adalah sebagai agen untuk memberikan pinjaman kepada pengusaha-pengusaha untuk menjalankan perniagaan yang dilakukan dan kebanyakkan pengusaha-pengusaha IKS di kampung itu memohon pinjaman daripada Amanah Ikhtiar. Pengusaha mengatakan bahawa mereka biasanya meminjam sebanyak RM 5000.00 daripada Amanah Ikhtiar untuk dijadikan modal dalam menjalankan perusahaan mereka. Menurut pengusaha lagi, pinjaman yang diberikan oleh Amanah Ikthiar hendaklah dibayar balik secara beransur-ansur 1 minggu sekali. Melalui modal inilah pengusaha dapat meningkatkan dan memperkembangankan perusahaan kerepek ini selain daripada modal sendiri.

3.5  Lokasi dan sejarah penubuhan

Mengikut pengusaha, perusahaan ini dijalankan adalah bermula daripada perusahaan turun temurun keluarga. Pengusaha menjelaskan bahawa, beliau menjalankan perusahaan ini adalah kerana minat yang diturunkan kepada beliau daripada ibu beliau. Perusahaan ini dijalankan sudah melebihi 15 tahun perkembangannya. Pengusaha menyatakan bahawa pada awal pembabitan dalam kegiatan perusahaan kerepek ini beliau menggunakan peralatan tradisional dan nilai yang diperolehi adalah sedikit tidak seperti nilai yang diperolehi sekarang.

Pengusaha juga menjelaskan bahawa, pada awal pembabitan beliau dalam perusahaan ini, bilangan pekerja adalah lebih kurang 2 hingga 3 orang. Bagi meningkatkan pendapatan dan memperkembangkan perusahaan ini, pengusaha telah membuat pinjaman daripada Amanah Ikhtiar. Lokasi perusahaan yang dikaji adalah di Pekan Selasa Lama, Sabak Bernam, Selangor. Lokasi ini terdapat di dalam homestay Kampung Sungai Haji Dorani. (  http://doranihomestay.blogspot.com/ )



                                             Gambar 2 : Tempat perusahaan kerepek

3.6  Carta organisasi

Menurut perusaha, beliau tidak mempunyai carta organisasi dalam menjalankan perusahaan ini. Menurut beliau lagi, hanya beliau sahaja sebagai ketua dan diikuti oleh pekerja-pekerja bawahan beliau dan pekerja bawahan beliau ini tidak tetap bilangannya di mana ianya biasanya bertambah mengikut keperluan.

3.7   Bahan dan peralatan yang digunakan

Mengikut perusaha bahan utama yang digunakan  dalam menjalankan perusahaan ini adalah seperti pisang, gandum, daun kari dan lain-lain. Pisang yang digunakan oleh pengusaha adalah seperti pisang awok, pisang abu dan lain-lain. Bahan-bahan  yang digunakan ini biasanya diperolehi daripada penduduk sekitar dan juga peraih. Menurut perusaha lagi sekiranya membeli pisang dari peraih harga yang dikenakan adalah sebanyak RM 800 per tan pisang yang dibeli. Bagi proses pembuatan kuit siput pula, pengusaha menggunakan gandum sebagai bahan utamanya. Biasanya pengusaha akan pergi membeli gandum itu sendiri.
Selain itu, di musim perayaan pula pengusaha biasa mengambil tempahan pelanggan untuk dijadikan santapan hari raya. Antara perkhidmatan yang disediakan pada musim perayaan ialah tempahan membuat popia . Bahan utama untuk membuat popia ini ialah sambalnya. Bagi menghasilkan popia  yang sedap, pengusaha telah mengambil inisiatif dengan menempah serunding popia beliau dari Pantai Cahaya Bulan,Kelantan. Setiap tahun, menjelang hari perayaan pengusaha akan pergi ke Kelantan untuk mendapatkan serunding berkenaan beberapa bulan sebelum hari perayaan.



Gambar 4 : antara jenis pisang yang digunakan dalam perusahaan


Gambar 5: Antara kawasan yang diperolehi oleh pengusaha untuk mendapatkan bahan mentah



Dari segi peralatan yang digunakan dalam perusahaan ini adalah masih terdapat peralatan tradisional seperti sagat pisang, kuali untuk menggoreng, sarang siput dan sebagainya.  Namun begitu, bagi memenuhi pemintaan pelanggan yang tinggi, pengusaha kini memiliki beberapa alat moden seperti mesin pengadun, pembakar bahulu dan sebagainya. Alat-alat moden ini membantu mempercepatkan prosess menyiapkan tempahan selain daripada menggunakan perkhidmatan pekerja yang ramai. Alat yang digunakan dalam perusahaan ini adalah seperti di bawah:

Gambar 6 : Peralatan tradisional yang masih digunakan oleh pengusaha untuk menyagat
         buah pisang

Gambar 7 : Peralatan menggoreng secara tradisional yang masih digunakan.

3.1    Kajian perjalanan perusahaan.

Perusahaan IKS yang dikaji ini memperlihatkan perkembangan dalam perusahaannya terutama dari segi peralatan. Peralatan  yang digunakan juga telah berkembang seperti penggunaan teknologi baru dan cara mendapatkan tempahan juga adalah mengikut teknologi. Perusaha mendapatkan tempahan berdasarkan panggilan telefon daripada pelanggan yang ingin tempahan kerepek yang diusahakan. Antara jenis peralatan yang baru digunakan oleh pengusaha adalah seperti berikut:



Gambar 8 : Alat untuk mengadun tepung

Gambar 8 : Peralatan untuk membakar bahulu sewaktu mempunyai tempahan.

3.1  Faktor yang mendorong pengusaha menjalankan IKS.

Pengusaha menjelaskan bahawa penglibatan beliau dalam bidang perusahaan kerepek ini adalah berdasarkan perusahaan turun temurun yang dijalankan oleh keluarga beliau. Beliau juga menjelaskan bahawa penglibatan beliau dalam bidang IKS ini adalah disebabkan oleh minat yang mendalam dalam bidang pembuatan kerepek. Minat yang mendalam ini tumbuh sejak remaja lagi kerana penguasaha selalu menolong ibu beliau menjalankan aktiviti membuat kerepek ini sejak beliau remaja lagi.           
Pengusaha juga menyatakan bahawa penglibatan beliau dalam bidang pembuatan kerepek ini bermula dari umur 15 tahun kerana mengikuti ibu beliau membuat kerepek. Oleh itu beliau mula berjinak dalam bidang ini.selain itu, beliau juga menggunakan peralatan yang ditinggalkan oleh ibu beliau pada awal pembabitan dalam bidang ini. Disebabkan oleh itu, beliau mula bergiat dengan lebih aktif dalam perusahaan ini sehingga berjaya.
Selepas berkahwin, pengusaha telah mengusahakan perusahaan kerepek ini bersama suami tersayang. Suami beliau Encik Mohd Anuar bin Mat Arshad telah melibatkan diri dalam perusahan ini bagi memberi galakkan dan sokongan kepada isteri beliau. Dorongan dari suami juga menjadikan pengusaha makin berminat dan bersemangat dalam meneruskan perusahaan kerepek ini. Bantuan suami dalam memajukan perusahaan kerepek ini secara tidak langsung memberi sokongan moral.
Selain itu, kehadiran anak-anak juga telah menaikkan moral pengusaha di mana anak-anak tidak menghalang pengusaha dari meneruskan usaha dalam memajukan perusahan kerepek ini malahan mereka memberi sokongan sepenuhnya kepada ibu dan bapa mereka terutamanya ibu untuk meneruskan serta memajukan perusahaan kerepek yang dijalankan.
Di samping itu, dorongan dan semangat yang diberi oleh ahli-ahli keluarga yang lain telah menaikkan semangat pengusaha untuk memajukan perusahan yang dijalankan. Oleh yang demikian, pengusaha sentiasa cuba mencari peluang-peluang yang baru untuk memperkembangkan perusahaan yang dijalankan.


3.2  Kekangan serta masalah yang dihadapi oleh pengusaha.

Kejayaan sesebuah perusahaan itu semestinya dibayangi oleh masalah-masalah serta kekangannya yang tersendiri. Menurut pengusaha dalam memajukan pengusaha ini terdapat pelbagai kekangan serta masalah yang dihadapi. Antara masalah yang dihadapi ialah kekurangan pekerja, terutama sekali pada musim perayaan, masalah dalam mendapatkan modal bagi meningkatkan perusahaan, masalah untuk mendapatkan bahan mentah dan  masalah untuk mendapatkan pelanggan

             Menurut pengusaha, beliau sukar untuk mendapatkan pekerja untuk bekerja dalam pengusahaan ini. Beliau menyatakan bahawa kebanyakkan pekerja dalam lingkungan umur 30 tahun hingga 40 tahun. Manakala bagi pekerja muda pula sukar untuk mendapatkannya kerana kebanyakkan orang muda pada hari ini tidak berminat untuk menceburi diri dalam bidang perusahaan ini. Selain tidak berminat, pekerja generasi muda ini biasanya mempunyai kualiti yang rendah samada dari segi kerja mahupun pengurusan masa. Oleh yang demikian, kesukaran untuk mendapatkan pekerja adalah pekara yang paling bermasalah  dalam perusahaan ini terutama sekali apabila menjelang musim perayaan. Pengusaha biasanya mendapat tempahan yang tinggi daripada para pelanggan. Oleh yang demikian, pengusaha memerlukan ramai pekerja untuk menyiapkan tempahan yang di ambil. Malangnya kekurangan pekerja telah menyebabkan pengusaha tidak mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan.

          Menurut pengusaha lagi, kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah juga menjadi salah satu kekangan dalam perusahaan ini. Hal ini kerana walaupun , bahan mentah seperti pisang biasanya di dapatkan dari kawasan sekitar namun untuk mendapatkan mentah seperti pisang ini menjadi sukar untuk diperolehi daripada kawasan sekitar kerana terdapat banyak perusahaan yang sama. Oleh yang demikian, masalah untuk mendapatkan bahan mentah ini menyebabkan pengusaha tidak mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan. Pengusaha sering juga terputus bekalan bahan mentah sewaktu menjalankan perusahaan ini. Disebabkan itu juga, tempahan yang diterima terpaksa ditolak dan diberikan kepada perusaha lain kerana kekurangan bahan mentah serta bilangan pekerja yang tidak mencukupi.
         
Masalah dari segi saingan para pengusaha juga merupakan salah satu kekangan dalam perusahaan ini. Hal ini kerana menurut pengusaha terdapat banyak pengusaha lain disekitar kawasan tempat mereka turut mengusahakan pengusahaan ini. Oleh itu, masalah dalam mendapatkan pekerja dan pelanggan juga adalah menjadi masalah dalam perusahaan ini. Bagi menjaga pekerja ini daripada bekerja mengikut perusaha lain dengan memikat hati para pekerja. Beliau menyatakan bahawa beliau turut membawa pekerja beliau untuk melancong di sekitar semenanjung sekiranya mendapat keuntungan yang banyak daripada pengusaha ini. Apabila hati pekerja dapat dipikat maka pekerja tidak akan beralih ke pengusaha lain menurut pengusaha ini.
          

4.0  Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah Industi Kecil dan Sederhana merupakan salah satu sumber ekonomi di Negara kita. Penglibatan penduduk-penduduk kampung dalam Industri Kecil dan Sederhana ini merupakan satu pekara yang positif dimana perusahaan kecil-kecilan mampu member pendapatan yang lumayan kepada pengusaha-pengusaha yang melibatkan diri dalam bidang ini.
            Oleh yang demikian, pihak-pihak yang berkenaan haruslah memainkan peranan mereka dengan member sokongan kepada pengusaha-pengusaha ini. Antara contoh sokongan yang boleh diberikan oleh pihak yang berkenaan ialah dari segi alatan-alatan moden dalam proses penghasilan produk. Selain itu, sokongan dari segi modal juga boleh diberikan oleh pihak berkenaan kepada pengusaha untuk meningkatkan serta memperkukuhkan lagi perusahaan mereka.
            Di samping itu juga, pihak berkenaan juga boleh memberi bantuan dengan mempromosikan produk-produk yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha ini di media cetak atau elektronik. Hal ini secara tidak langsung boleh meningkatkan tempahan yang diterima oleh para pengusaha di mana masyarakat luar akan mengetahui tentang produk pengusaha-pengusaha ini
            Semua pihak harus berganding bahu dalam mempertingkatkan sektor  Industri Kecil dan Sederhana ini agar ia menjadi sektor yang berjaya menyumbang pendapatan kepada negara dan juga mampu member pulangan yang memberangsangkan kepada pengusahanya. 




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...