Monday 19 December 2011

KONSEP YANG BERKAITAN DENGAN HUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK.

1.0 PENGENALAN
Kelompok etnik merupakan satu kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan sepunya sama ada warisan yang benar mahupun tidak. Identiti etnik dipupuk dengan membezakan kelompok diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa, agama dan tingkah laku. Menurut Fedrik dan Eric Wolf, mereka mendakwa bahawa keetnikan merupakan satu hasil daripada jenis interaksi antara kelompok yang tertentu, bukan satu sifat yang asas dalam kelompok manusia. Oleh itu dalam kelompok etnik juga akan wujud kelompok, ingroup dalam kelompok, outgroup iaitu hubungan mereka dengan kelompok mereka, ethnocentrism dan perasaan prejudis terhadap kelompok lain.

2.0  KONSEP
2.1 KELOMPOK

Kelompok menurut Paulus ( dalam Baron & Byrne, 2000) mengemukakan bahawa suatu kelompok terdiri daripada dua orang atau lebih yang berinteraksi, memiliki tujuan yang sama, hubungan yang stabil, saling tergantung dan merasa bahawa mereka merupakan sebahagian daripada kelompok.
Menurut homan (1950), kelompok adalah sejumlah individu yang berkomunikasi satu dengan yang lain dalam jangka masa tertentu yang jumlahnya tidak terlalu banyak sehingga tiap orang dapat berkomunikasi dengan semua orang secara langsung.
Ini menunjukkan kelompok merupakan sejumlah orang yang berada dalam kumpulan kecil yang masing-masing dapat berinteraksi dan anggota saling bergantung disamping mereka sering mempengaruhi satu sama lain dengan berbagai cara. Kelompok mempunyai komuniti yang penting, perbezaan dengan kelompok lain akan melahirkan perasaan ingroup. Mereka akan melihat orang lain sebagai outgroup dan outgroup akan menyebabkan ingroup bersatu. Menurut Robbins (1998), kelompok akan terbentuk dengan alasan untuk mendapatkan keamanan, status, penghargaan diri, pertalian, kekuatan dan prestasi baik.
Jika terdapat perbezaan budaya atau etnik dan berlaku tidak suka akan menyebabkan berlakunya konflik. Masing-masing kelompok melakukan, mengubah, mancapai sesuatu dan setiap kelompok akan memancarkan kuasa. Dalam hubungan etnik juga terdapat power relation. Apabila terdapat persamaan yang lahir daripada ciri budaya maka keadaan akan menjadi tenang dan kelompok dapat membesar menjadi negeri seterusnya kepada negara dan empayar.
Kita akan mencari perpaduan dalam kelompok sendiri oleh sebab certenty atau persamaan, jika berlaku perbezaan dan kelainan ia akan mewujudkan uncententy. Oleh itu, apabila berlaku persamaan akan mewujudkan kelompok dan jika tidak ia akan mewujudkan hindari.

2.2  INGROUP

Triandis (1988), mendefinisikan ingroup sebagai kumpulan individu yang kesejahteraannya adalah saling berkaitan, siapa yang bersedia untuk bekerjasama tanpa menuntut kembali adil daripada kerjasama tersebut, serta pemisahan daripada sesiapa yang menyebabkan berlaku kecemasan.
Ingroup adalah sebuah kumpulan sosial terhadap individu yang ahlinya merasa kesetiaan dan hormat dalam kumpulan. Kesetiaan ini sering memanifestasikan sebagai bias ingroup. Ingroup biasanya dapat dilihat daripada ahli keluarga, orang-orang dari bangsa yang sama, budaya, jenis kelamin atau agama dan seterusnya. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa setiap orang mempunyai hak istimewa dalam ahli ingroup atas ahli outgroup bahkan ketika ingroup tidak memiliki kedudukan sosial yang sebenar. contohnya, sekumpulan orang dengan budaya pakaian yang sama ketika kumpulan lain daripada budaya pakaian yang lain.
Individu mungkin boleh menjadi ahli ingroup yang banyak seperti keluarga, rakan kerja dan kelab. Menurut varner & beamer 2005, menjelaskan individu mungkin akan hilang minat dalam kumpulan seterusnya menemui sebuah kumpulan yang berbeza untuk keahlian. Mereka juga menjelaskan individu tersebut berpisah daripada kumpulan disebabkan tujuan peribadinya dan dalam kumpulan tersebut tidak lagi dipenuhi menyebabkan individu bergerak dan mencari kumpulan yang dapat memberikan lebih banyak manafaat keahlian. Sebagai contoh, mary adalah anggota dari red Hat Club. Dia kemudiaanya berpindah ke bandar lain. Oleh itu, manfaat menjadi ahli pada jarak jauh tidak memberi banyak kelebihan kepadanya dalam ahli itu lagi. Kemudian dia memutuskan hubungan dengan ahli demi kepentingan individu dan menjadi ahli ingroup sementara.
Selain itu, jika terdapat dua kelompok yang sama daripada segi bangsa maka kelompok itu saling menerima dan tidak berlaku penyingkiran kerana mereka sama-masa memiliki budaya dan adat yang sama. Oleh itu, jika salah satu daripada kelompok adalah daripada bangsa yang berbeza akan berlaku outgroup atau penyingkiran antara kelompok.

2.3  OUTGROUP

Outgroup adalah kelompok sosial terhadap seseorang individu yang mungkin berasa jijik, pembangkan atau keinginan untuk bersaing. Megikut Triandis  1995, Outgroup merupakan orang yang bukan sebahagian daripada ingroup. Outgroup merupakan kelompok dengan kelompok ingroup yang tidak setuju atau kemungkinan mempunyai konflik yang lepas. Misalnya, Jane bekerja untuk Play station dan Lisa bekerja untuk Xbox. Mereka perlu bersaing bagi mendapatkan pelanggan dalam jualan produk masing-masing. Jane dan Lisa melihat satu sama lain sebagai anggota outgroup.
Triandis mendefinisikan outgroup banyak berlaku kepada budaya kolektif. Orang luar daripada keluarga atau ingroup syarikat, yang mungkin mengandungi ahli yang sama di kedua-dua ingroup dilihat sebagai outgroup. Beliau juga menjelaskan penyingkiran outgroup sebagai situasi di mana terdapat penghinaan, perilaku yang tidak benar atau konflik. Misalnya, outgroup kolektif mungkin termasuk orang-orang yang berusaha untuk menjual produk kepada syarikat keluarga dari suatu budaya kolektif. Ahli ingroup kolektif akan melihat penjual produk sebagai “orang lain” dan mingkin melihat mereka sebagai sangat berbeza dan sukar untuk memahami.
Malah, outgroup juga boleh dilihat dari stereotaip yang boleh merangkumi dua rakan kerja. Seperti Jen dan Steve yang bekerja di jabatan syarikat berasingan yang mengandungi konflik. Jen berfikir Steve adalah malas kerana pekerjaan yang dihantar dari jabatannya tidak selesai. Apabila melihat Steve sebagai pemalas, jabatan Steve dianggap malas. Oleh itu, Jain dan Triandis 1990, menjelaskan bahawa pekerja lebih cenderung menilai stereotaip yang tidak baik dan jabatan disasarkan pada perilaku salah seorang anggota dalam jabatan itu.
Oleh itu, outgroup berlaku apabila adanya perbezaan dan salah satu individu akan membuat andaian terhadap individu yang disingkirkan menyebabkan wujudnya sifat prejudis. Keadaan ini juga boleh berlaku jika berlainan bangsa kerana setiap bangsa memiliki adat dan budaya yang berbeza.

2.4  ETHNOCENTRICISM

Ethnocentricism oleh Boner ( dalam Helmi, 1990) menjelaskan perasaan yang berhubung dengan ingroup dan outgroup. Dalam hubungan antara kelompok, pandangan dari suatu kelompok ingroup sering kali dijadikan pengukuran untuk menilai outgroup. Pendapat Soekanto pula menjelaskan bahawa ethnocentricism adalah sikap yang menilai unsur-unsur kebudayaan lain dengan menggunakan norma yang ada dalam kebudayaan. Guilford pula mengemukakan ethnocentricism adalah kecenderungan individu itu dalam menilai kebudayaan sendiri sebagai yang terbaik dan menggunakan norma kebudayaannya sebagai pengukur untuk menilai kebudayaan lain. Ethnocentricism akan menimbulkan prasangka terhadap kelompok etnik lain.
Ethnocentricism akan menimbulkan kesan positik dan negatif. Kesan positifnya dapat digunakan untuk meningkatkan kesetiaan seseorang terhadap kelompok dan juga untuk meningkatkan moral, patriotisme dan nasionalisme mereka. Kesan negatifnya pula adalah terhambatnya perubahan-perubahan di dalam masyarakat yang bersifat positif  bagi para anggota masyarakat. Oleh itu, ideal dari luar sering dianggap salah dan persoalan masyarakat yang mudah dipecahkan menjadi sukar untuk diselesaikan.
Oleh itu, ethnocentricism merupakan konsep hubungan sosial antara anggota dengan pihak luar kelompok. Hubungan sosial tersebut biasanya lebih banyak berlaku antara anggota dengan pihak luar. Oleh itu, mereka yang bersikap ethnocentricism yang tinggi akan lebih banyak berhubung antara anggota berbanding dengan orang di luar kelompok.
Ethnocentricism dapat disimpulkan sebagai suatu sikap yang memandang kebudayaan kelompoknya lebih tinggi daripada kebudayaan kelompok lain sehingga timbulnya batasan ahli anggotanya untuk melakukan hubungan sosial dengan kelompok lain. Keadaan ini dapat dilihat melalui kecenderungan tindakan individu dari aspek bahasa, kerjasama dan pergaulan.

2.5  PREJUDISE

Prejudis merupakan pandangan negatif yang tersemat di dalam hati seseorang atau satu kelompok etnik yang sering tidak diluahkan secara terbuka mengenai ahli atau kelompok entik lain. Kebiasaanya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan ia akan menjadi satu stereotaip.
Misalnya prejudis yang berlaku antara etnik. Sesebuah kumpulan etnik akan memandang negatif terhadap kumpulan etnik yang lain. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik sangat sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa kefahaman tersebut adalah salah. Prejudis yang wujud biasanya berasaskan kepada sokongan yang aktif daripada masyarakat sekeliling.
Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Sikap ini semakin mudah dilihat apabila berlakunya persaingan untuk mendapatkan sesuatu yang terhad seperti aspek politik, ekonomi ataupun sosial.

3.0 KESIMPULAN

Oleh itu, kelompok, ingroup, outgroup, ethnocentricism dan prejudis masing-masing mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kelompok yang ada dan penerimaan dalam kelompok mewujudkan ingroup. Manakala, kelompok yang disingkirkan merupakan kelompok outgroup, keadaan ini berlaku adalah disebabkan berlaku tidak sefahaman antara ingroup dengan outgroup. Ethnocentricism pula merupakan perasaan antara kelompok ingroup dengan kelompok outgroup dan keadaan ini mewujudkan pandangan satu kelompok dalam menilai kelompok yang lain. Dan prejudis pula adalah pandangan daripada ahli kelompok ataupun individu terhadap ahli dalam kelompok lain. Keadaan ini biasanya tidak diluahkan secara terbuka kepada kelompok lain.






Rujukan
Ethnocentrism (2011). Diperoleh Januari 15, 2011 daripada 


Ingroup ( 2010). Diperoleh Oktober 2, 2010 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Ingroup

Ingroups and Outgroups: Effects on Intercultural Technical Communication daripada

Perhubungan antara kelompok, kuliah 3. Diperoleh pada 17 Januari 2011.

Perhubungan antara kelompok sebagai permulaan, kuliah 4. Diperoleh pada 18 Januari
2011.
Outgroup (2010 ). Diperoleh Jun 10, 2010 daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Outgroup_(sociology)

Silviana realyta, S.Psi (2007). Hubungan komposisi kelompok dengan sikap etnosentrik.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...