PENGENALAN
Kesesakan lalu lintas merupakan isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat di seluruh dunia sama ada di Negara membangun mahupun di Negara maju. Persoalan ini turut wujud di Malaysia di mana sehingga kini tidak ada jalan penyelesaian terbaik bagi menangani kekangan ini. Sebagai contoh kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur yang telah berlaku sejak dekat 70-an lagi sehinggalah berlarutan sehingga alaf baru ini. Kebanjiran kenderaan yang memasuki ruang bandaraya dan sistem pengangkutan awam yang kurang cekap merupakan faktor dominan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi “sejenis penyakit parah” yang sukar diubati. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila tibanya waktu kemuncak iaitu pada waktu pagi apabila orang ramai ingin ke tempat kerja, dan pada waktu petang apabila pulang dari tempat kerja.
Lalu lintas sebenarnya termasuklah basikal, kenderaan motor, kereta trem, kenderaan daripada setiap jenis, pejalan kaki, perarakan, kumpulan polis atau tentera dan segala binatang yang ditunggang dan digembalakan atau diheret. Dalam akta 333, iaitu akta pengangkutan jalan 1987, merupakan suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai pengawal seliaan kenderaan motor dan lalu lintas di jalan- dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan jalan-jalan dan kenderaan di atasnya. Dalam akta ini juga ada memperincikan mengenai peruntukan penyelarasan dan pengawalan cara-cara dan kemudahan-kemudahan bagi pengangkutan, serta memperincikan peruntukan mengenai penyelarasan dan penyesuaian kenderaan-kenderaan motor. Hal ini menunjukkan, isu kesesakan lalu lintas menjadi satu perbualan, sehinggakan ditubuhkan satu akta pengangkutan untuk menangani masalah yang berlaku di jalan raya.
PUNCA
Masalah kesesakan lalu lintas berlaku adalah berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya adalah berpunca daripada pemandu itu sendiri. Mereka masih tidak mahu menghormati peraturan jalan raya walaupun peraturan itu telahpun ditetapkan oleh pihak kerajaan. Mereka juga tahu denda yang akan dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan jalan raya. Namun tanpa segan silu mereka memandu dengan sesuka hati dan melanggar peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan itu. Sikap mereka yang sering melanggar peraturan ini akan menyebabkan berlakunya kemalangan seterusnya secara automatik berlaku kesesakan di jalan raya.
Selain daripada itu, punca lain yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas ini adalah disebabkan oleh taraf hidup tinggi di bandar. Taraf hidup masyarakat yang terlalu tinggi di bandar disamping memiliki kestabilan ekonomi, membolehkan seseorang yang bekerja itu mampu memiliki kenderaan sendiri. Biasanya kenderaan yang dimiliki sendiri adalah bertujuan untuk kemudahan mereka ke tempat kerja. Tetapi masalahnya, terlalu ramai mereka yang berkerja memiliki kenderaan secara persendirian, sehinggakan tanpa disedari ia telah menambahkan lagi jumlah kenderaan di atas jalan raya dan sekaligus menyebabkan berlakunya kesesakan. Kebiasaannya mereka yang bekerja ini lebih cenderung memiliki kenderaan seperti kereta dan motosikal.
Perkhidmatan pengangkutan awam yang kurang sempurna juga menjadi punca kepada berlakunya kesesakan lalu lintas. Perkhidmatan yang disediakan seperti komuter, LRT, bas dan teksi adalah tidak menyeluruh di setiap kawasan di bandar-bandar besar terutamanya bandar Kuala Lumpur. Hal ini adalah disebabkan oleh perkhidmatan pengangkutan yang disediakan lebih tertumpu di kawasan-kawasan tertentu sahaja, seperti di pusat-pusat membeli belah. Selain itu juga, penyediaan jadual perkhidmatan yang tidak menentu dan bas-bas awan yang sering mengalami kerosakan turut mengundang kepada kesesakan. Keadaan ini turut memberi ketidakselesaan kepada orang ramai untuk menggunakan kemudahan pengangkutan yang disediakan ini, seterusnya mendorong orang ramai menggunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja.
Punca lain pula ialah keadaan struktur jalan raya. Jika diperhatikan keadaan jalan raya yang telah ada kebanyakkannya masih berada di takuk yang lama. Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang dan berbengkang-bengkok menyebabkan kenderaan sukar untuk bergerak. Masalah ini akan mengundang kepada berlakunya kesesakan lalu lintas yang berpanjangan. Di samping itu juga, di jalan-jalan utama sering terdapat kerja-kerja pembaikan jalan, paip-paip air dan kabel elektrik akibat daripada peningkatan taraf hidup di kawasan bandar. Impaknya ialah jalan-jalan raya sering dikorek dan ditimbus di sana sini. Pada waktu pembaikan itulah akan menyebabkan aliran kenderaan yang terlalu perlahan terutamanya pada waktu kemuncak, keadaan ini sekaligus akan menimbulkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan yang terbabit.
Selain masalah struktur, kemudahan awam dan sikap pengguna jalan raya, masalah masyarakat yang menjalankan demotrasi di tempat awam juga turut menyebabkan kepada berlakunya kesesakan jalan raya. Misalnya di Kuala Lumpur, dimana pihak polis terpaksa menutup jalan di tempat perhimpunan yang mereka jalankan, malah terpaksa membuat sekatan jalan di semua jalan untuk menghalang rakyat / masyarakat daripada menghadiri demotrasi tersebut.
TEKNIK MENANGANI MASALAH KESESAKAN
Kesesakan lalu lintas yang berlaku pada akhir-akhir ini semakin membimbangkan, oleh itu pelbagai langkah harus diambil bagi menangani masalah ini daripada terus berlanjutan sehingga ke tahap yang tidak boleh dielakkan lagi. Untuk menangani masalah kesesakan yang berlaku ini masyarakat Malaysia haruslah memainkan peranan yang penting. Mereka perlu ada kesedaran mengenai cara yang berkesan untuk mengurangkan berlakunya kesesakan di jalan raya. Kempen-kempen merupakan langkah berkesan untuk menberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kekangan dan akibat yang berlaku sekiranya masalah ini berlanjutan. Selain kempen, masyarakat juga perlu tahu akan peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan tidak melanggar peraturan tersebut. Sekiranya masyarakat masih juga melanggar peraturan yang ditetapkan, ini bermakna mereka masih lagi tidak sedar akan akibat dan kesan yang bakal berlaku.
Hasil kajian kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama syarikat United Kingdom mendapati kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan sekiranya pengangkutan awam yang bersepadu antara perkhidmatan bas dan sistem transit dibina di bandar Kuala Lumpur. Pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) sebagai pengangkutan awam di Kuala Lumpur merupakan satu alternatif yang berkesan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandaraya Kuala Lumpur. Walaupun pembinaan LRT ini dibuat penelitian terhadap penggunaan perkhidmatan ini perlu turut dikaji bagi menentukan pola kekerapan masarakat menggunakan perkhidmatan ini. Biasanya kesesakan berlaku adalah pada waktu puncak iaitu melibatkan waktu untuk ke tempat kerja dan waktu pulang dari tempat kerja. Oleh itu, penggunaan bagi tempoh ini harus diutamakan.
Selain itu, pengubahsuaian tanda lalu lintas dan tandaan jalan perlu dititikberatkan. Kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan kenderaan terutamanya perlu diubah laluannya bagi mengurangkan kesesakan berlaku. Selain itu juga, penyediaan kemudahan kepada pejalan kaki dan penunggang basikal perlu dibina untuk mengasingkan mereka dengan pengguna kenderaan yang lain untuk mengurangkan kesesakan berlaku. Disamping itu juga, pihak kerajaan perlu membuat pembaikan dan perubahan lanskap jalan seperti membesarkan jalan kepada tiga laluan utama agar kenderaan dapat berjalan lancar
KAJIAN
Menurut apa yang ingin diperkatakan oleh Dato’ abdul Aziz bin Abdul Rahman iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1997) menyatakan, memandangkan kesesakan lalu lintas semakin bertambah, adakah pihak kerajaan bercadang untuk membuat kajian terperinci keadaan lalu lintas dengan menswastakan kawasan letak kereta. Apa yang diterangkan oleh Tuan yang di-Pertua iaitu dato’ Azmi bin Khalid mengenai persoalan yang diutarakan oleh Dato’ Abdul Aziz dengan memberitahu masalah tersebut masih dalam kajian. Menurut beliau lagi Malaysia telahpun melantik pakar-pakar runding di setiap bandar untuk membuat kajian terperinci mengenai masalah lalu lintas di bandar-bandar besar terutamanya. Perlantikan pakar-pakar ini akan mampu menangani masalah yang berlaku dengan pemantauan setiap masa mengenai masalah ini.
KESIMPULAN
Kesesakan yang berlaku di bandaraya terutamanya Kuala Lumpur haruslah diberi perhatian agar masalah kesesakan lalu lintas dapat dibendung. Peranan daripada semua pihak diperlukan supaya masalah yang berlaku boleh dikurangkan walaupun tidak secara keseluruhannya. Pihak kerajaan perlu menjadi kompenan penting dalam menangani masalah ini misalnya dengan memantapkan lagi akta yang telah dibuat. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan masyarakat yang menggunakan jalan raya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, sekiranya mereka masih tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan tindakan yang wajar perlu diberikan agar mereka sedar akan kesalahan yang dilakukan. Matlamat ini dibuat adalah bertujuan untuk mengurangkan berlakunya kemalangan dan untuk menjimatkan masa masyarakat yang banyak dihabiskan di jalan raya akibat kesesakan yang berlaku.
mai visit blog saya :D http://adzrifsidek.blogspot.com
ReplyDeleteTak nak........
ReplyDeleteLol
DeleteOk.tapi anak saya yg pakai blog awak ni. Anak saya nak ucapkan thank you
Delete2013, 14, 15, 16, Lol��
ReplyDeletelol 2021
Deletelol 2022
Delete2023๐
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTERIMAKASUH
ReplyDeleteTerbaik lh๐
ReplyDeleteYup Bibb
ReplyDeletehi
ReplyDeleteThank you
ReplyDeleteTerbaikk
ReplyDeletethankyou
ReplyDeleteMantap๐๐
ReplyDelete