Friday 16 December 2011

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL KONSTRUKTIVISME & PEMBELAJARAN KOPERATIF

TEORI KONSTRAKTIVISME

Secara umumnya konstraktivisme merupakan teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan dan bukan sebagai penerima pengetahuan. Teori konstruktivisme menjelaskan bahawa pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkan topik tersebut dengan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada. Tetapi masing-masing bukanlah menerima bulat-bulat pengetahuan yang disediakan. Teori konstruktivisme ini sebenarnya mempunyai asas daripada teori kognitif dengan penekanan yang diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan.

            Mengikut teori oleh Lev vygotsky beliau telah mempelopori teori konstruktivisme sebagai teori konstruktivisme sosial. Menurut beliau, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara sistematik, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Menurutnya juga penekanan bahawa pentingnya memanfaatkan lingkungan daripada pembelajaran dalam lingkungan sekitar siswa pula bermula daripada lingkup sosial, antara orang lain atau pihak kedua dan kemudiannya pada lingkungan individu sebagai peristiwa internasisasi. Daripada konteks sosial ia memainkan peranan utama dalam pembelajaran. Konstruktivisme yang diperkenalkan oleh vygotsky lebih memperlihatkan pembelajaran manusia dalam konteks sosial-budaya. Dalam konteks pembelajaran sebegini pelajar akan berkongsi dan saling membina pengetahuan baru yang dicetuskan oleh ideal yang pelbagai. Di samping itu juga, penglibatan dengan orang lain atau pihak kedua akan memberikan peluang kepada pelajar untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan.

            Menurut vygotsky lagi, isi pelajaran akan mudah dikuasai oleh pelajar jika berasaskan kepada skema ataupun pengetahuan sedia ada seperti Zon Perkembangan Terdekat (ZPD). ZPD ialah merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar. Sekiranya pelajar dapat melakukan sendiri tugasan pembelajaran itu maka isi pelajaran tersebut dikatakan berada pada zon bawah. Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengan bimbingan orang lain maka tugasan tersebut berada pada tahap ZPD. Oleh itu, isi pelajaran yang berada luar daripada zon aras bawah bermakna tidak akan berlaku pembelajaran kerana pelajar sudah menguasai isi pelajaran. Tetapi sekiranya isi pelajaran berada di luar zon aras atas iaitu melebihi zon atas pelajar tidak akan dapat menguasai isi pelajaran walaupun dengan bimbingan orang lain.
Dengan itu, teknik scaffolding diperkenalkan bagi membantu isi pelajaran yang berada dalam  ZPD iaitu mengikuti proses bimbingan dan bantuan. Daripada teknik ini, peringkat bimbingan dan sokongan yang dilakukan akan menguasai keperluan pelajar. Namun begitu, bimbingan akan dikurangkan apabila pelajar telah menguasai peringkat demi peringkat dan akhirnya bimbingan dilepaskan setelah pelajar dapat melakukan sendiri. Teknik yang boleh dilakukan untuk scaffolding adalah seperti cara penjelasan verbal (penjelasan lisan), soal jawab, promping (dorongan), cueing (isyarat) dan tanda isyarat lain.
             
PEMPELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif atau dengan istilah yang lebih mudah iaitu pembelajaran kerjasama pula merupakan salah satu bentuk pembelajaran yang berdasarkan kepada fahaman konstraktivis. Pembelajaran koperatif merupakan strategi belajar yang dijalankan dalam kelompok kecil dengan mempunyai ahli yang memiliki tahap kemampuan yang berbeza. Pembelajaran kerjasama sangat berkesan kepada satu-satu kumpulan atau kelompok itu untuk menyelesaikan masalah dengan cara saling bekerjasama dan saling membantu untuk memahami isi pelajaran. Namun begitu, sekiranya terdapat salah seorang dalam ahli kumpulan yang belum menguasai bahan pelajaran, aktiviti pembelajaran dalam kelompok ini boleh dikatakan belum selesai.

Dengan kaedah pembelajaran koperatif ini, banyak faedah dapat diperolehi oleh ahli kumpulan terutamanya setiap individu. Mereka akan memahami dengan lebih jelas lagi tentang bahan pelajaran yang dibahaskan dan dibincangkan dalam kumpulan. Mereka akan saling mewujudkan pergantungan yang positif antara ahli kumpulan. Hal ini akan mewujudkan saling kebergantungan yang positif dalam kumpulan. Sekiranya terdapat salah seorang daripada ahli kumpulan membuat penjelasan mengenai masalah atau penyelesaian, sekaligus setiap ahli dalam kumpulan akan memahami ideal serta sumbangan yang diberikan dan diperlukan dalam topik yang dibincangkan. Dengan cara ini pelajar akan berkongsi maklumat yang mereka ketahui bersama-sama dalam kumpulan, seterusnya menyelesaikan semua tugasan supaya mencapai matlamat dalam mengumpul maklumat yang diperlukan.

Walaubagaimanapun, akauntibiliti individu turut diperlukan. Setiap ahli dalam kumpulan perlu memberikan sumbangan dan ideal dalam menyelesaikan masalah berkumpulan. Hal ini demikian kerana, pelajar biasanya lebih suka menerima pengenalan terlebih dahulu daripada rakan mereka untuk mereka menyumbangkan sendiri ideal mereka dalam kumpulan. Setelah usaha bersama-sama dalam mendapatkan maklumat daripada ideal setiap ahli dalam kumpulan, mereka akan lebih mendapat keyakinan dalam diri masing-masing untuk meneruskan perbincangan dalam kumpulan sehingga selesai. Sekiranya setiap ahli memberikan pendapat masing-masing mereka dapat meringankan beban malah melancarkan lagi proses untuk menyelesaikan maklumat.

Selain itu, pembelajaran seperti ini haruslah didorong dengan interaksi yang promotif. Apabila pelajar menyertakan diri dalam perbincangan kumpulan, mereka lebih terdedah dengan perbincangan secara berhadapan antara satu sama lain. Dengan cara ini, pelajar akan lebih memahami dan mengetahui banyak maklumat. Adanya perbincangan dalam kumpulan mereka perlu aktif dalam memberikan maklumat untuk bersama-sama menyelesaikan masalah. Apabila berlaku komunikasi dalam kumpulan, pelajar akan faham bahawa mereka perlu aktif dalam memupuk dan mendorong agar setiap orang ahli sama-sama menyertakan diri dalam perbincangan. Hal ini sekaligus memberi peluang dalam hubungan dan mendorong pelajar untuk menyelidik. Mereka perlu memberi peluang kepada setiap ahli dalam kumpulan peluang, iaitu dengan mendengar apa yang ingin dikatakan dalam ideal yang diberikan oleh salah seorang ahli dalam kumpulan untuk dibincangkan. seterusnya ideal itu akan mengembangkan lagi ideal lain dalam kumpulan. Perbincangan begini boleh mewujudkan hubungan antara ahli,dan mereka dapat mencipta ideal bersama setelah berhubung dan komunikasi antara satu sama lain sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan.

Di samping itu juga, interpersonal dan kemahiran perbincangan dalam kumpulan kecil turut diperlukan. Pelajar perlu diajar cara bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang lain. Dengan itu, mereka akan tahu bagaimana untuk mengekspresikan ideal mereka, mengambil giliran apabila perbincangan bermula dan menyertai dalam proses untuk membuat keputusan daripada tugasan yang mereka perlu selesaikan. Namun begitu, kemahiran ini tidak mudah untuk dikuasai khususnya apabila pelajar masih selesa dan mahu berbincang dalam suasana kelas. Pembelajaran sebegini akan menyebabkan pelajar jarang mendapat peluang untuk bergaul dan berkomunikasi dengan rakan-rakan. Mereka hanya mahu menjadi penerima maklumat yang pasif tanpa komunikasi dua hala. Walaupun begitu, pembelajaran secara berkumpulan dalam kelas digalakkan agar pelajar memahami apa yang mereka pelajari. Ini kerana pelajar lebih gemar berkomunikasi dengan rakan berbanding guru mereka. Mereka lebih selesa berbincang bersama dalam kalangan mereka, dan apabila masalah tidak dapat diselesaikan barulah mereka menjadikan guru mereka sebagai tempat rujukan yang kedua.

Oleh itu tugasan dalam kumpulan sangat penting untuk menentukan bagaimana ahli dalam kumpulan bergaul dan bekerjasama. Sebagai contoh Lohan (1994) yang berpendapat bahawa, apabila prosuder untuk menyelesaikan tugas sangat jelas jadi pelajar hanya perlu berkongsi maklumat dan bantuan sahaja.  Tetapi tidak dinafikan ada segelintir mereka yang lebih gemar membuat tugasan secara individu dengan alasan tidak mahu membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah atau tidak mahu berkongsi maklumat dengan menganggap ideal mereka nanti akan digunakan oleh orang lain.  

Apa yang dilihat daripada teori konstruktivisme dengan pembelajaran kooperatif sebenarnya mempunyai kaitan rapat. Dalam teori konstruktivisme ia lebih menekankan kepada cara pembelajaran daripada pengalaman atau pengetahuan. Manakala dalam pembelajaran kooperatif ia lebih menekankan kepada perbincangan daripada ahli dalam mengeluarkan ideal oleh setiap individu dalam kumpulan serta sejauh mana kefahaman dan maklumat yang mereka faham dan perolehi.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...