Friday 16 December 2011

SEJARAH PERBANDARAN DI MALAYSIA DARI ERA AWAL HINGGA KINI

PENGENALAN


Bandar merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan utama bagi masyarakan kini dan pada masa dahulu. Bandar dijadikan sebagai pusat untuk menjalankan pelbagai aktiviti sama ada dalam kegiatan perindustrian hinggalah ke bidang teknologi. Bandar pada asasnya wujud hasil daripada proses pembandaran.

Ia dapat didefinisikan dalam kriteria-kriteria tertentu seperti berdasarkan kepada saiz penduduk umpamanya saiz penduduk di Malaysia pada tahun 1970 dangan jumlah minimum penduduk adalah seramai 10,000 orang. Selain itu, definisi bandar juga dapat diambil berdasarkan kepada kepadatan penduduk minimum. Berdasarkan kepada penggunaan tanah dan fungsi bandar juga boleh dijadikan sebagai maksud sesebuah bandar. Misalnya ruang tanah yang digunakan bertujuan untuk menjalankan aktiviti bukan pertanian di samping berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, perniagaan, pendidikan dan kebudayaan. Berdasarkan kepada definisi formal, seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan sesebuah negara termasuk sempadan pentadbiran tertentu. Apa yang diketahui difinisi bandar yang dijalankan oleh para pengkaji menunjukkan ia masih belum memiliki definisi yang tepat dan jelas kerana definisi bandar dapat ditakrifkan dalam pelbagai kriteria.

Proses perbandaran berlaku apabila banyak penduduk bertumpu di kawasan bandar. Perbandaran sebenarnya merupakan proses berterusan yang melibatkan perubahan kawasan luar bandar menjadi bandar. Ia juga merupakan proses yang melibatkan perubahan ruang akibat daripada perubahan daripada segi perluasan bandar, perubahan landskap, perubahan jumlah penduduk, cara hidup masyarakat dan perubahan kegiatan ekonomi.









2.0       Perkembangan Sistem Pembandaran di Malaysia

Sistem pembandaran di Malaysia jika ditinjau secara mendalam ianya tidak berlaku secara tradisi yang sebenar ( Lim Heng Kow: 1972) sebelum kedatangan zaman penjajah. Tetapi pada zaman sebelum penjajahan telah wujud pekan-pekan dan pelabuhan-pelabuhan kecil yang dijadikan sebagai pusat pertumbuhan untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti perniagaan dan perdagangan. Biasanya pada masa ini pekan-pekan terletak di sepanjang pantai, sungai dan tasik dengan tujuan menjalankan aktiviti urusniaga kerana kegiatan ini menjadikan pengangkutan air sebagai laluan utama sama ada digunakan oleh kalangan penduduk tempatan mahupun dari kawasan luar.

            Perkembangan pekan di sekitar laluan air ini telah menarik ramai peniaga dari luar untuk berlabuh dan ada yang terus menetap di situ untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Oleh itu, pekan-pekan semakin pesat membangun dengan kedatangan peniaga dari luar. Mereka datang berniaga pelbagai jenis barang keperluan yang digunakan oleh penduduk di Tanah Melayu seperti rempah ratus dan kain.

            Namun, keadaan pekan-pekan dan pelabuhan telah mula berubah setelah kedatangan penjajah. Pulau Pinang merupakan kawasan utama penjajah mula menjejakkan kaki iaitu pada tahun 1786 dan Singapura pada tahun 1816 yang merupakan pintu utama kepada terbukanya evolusi perbandaran di Malaysia. Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura ini merupakan pilihan utama penjajah untuk dijadikan pelabuhan kolonial disebabkan oleh lokasinya yang strategik untuk aktiviti perdagangan terutamanya. Selain itu, pihak penjajah  berminat dengan kawasan ini ialah kerana mereka yakin kawasan tersebut dapat dikembangkan struktur ruang ekonomi ke kawasan sekitar.

            Perkara utama yang telah diusahakan oleh pihak penjajah ialah dengan menghubungkan bandar-bandar kolonial dengan pusat-pusat pertumbuhan lain untuk mendapatkan bekalan sumber bahan mentah terutamanya bijih timah. Secara beransur-ansur pusat pertumbuhan berkaitan berkembang dengan pesatnya akibat daripada pertambahan bilangan penduduk serta adanya kemudahan asas termasuk jaringan pengangkutan disamping berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran hasil barangan. Di samping itu juga, pihak penjajah telah mempergiatkan aktiviti perlombongan di Tanah melayu kerana mereka tahu Tanah melayu kaya dengan bahan galian. Mereka juga telah menggalakkan pendatang dari negara China untuk dijadikan sebagai buruh perlombongan di sekitar bandar yang kaya dengan bijih timah seperti di Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban. Dalam tempoh ini, rangkaian pegangkutan kereta api diperhebatkan di samping rangkaian jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar dari utara ke selatan dan dari barat ke timur sehingga terbentuknya satu sistem rangkaian jalan-jalan utama di seluruh Semenanjung Malaysia. Proses ini telah menonjolkan kepada berlakunya proses perbandaran yang berperanan sebagai penggerak ekonomi yang lebih pesat dan merupakan pelabuhan yang membawa keuntungan kepada pihak penjajah dalam tempoh masa yang panjang. 

Selepas tahun 1970 an pihak kerajaan telah memperbaiki  akta perancangan bandar yang telah sedia ada iaitu dengan mewujudkan akta (perancangan) Wilayah Persekutuan, akta 267. Akta ini dibentuk bertujuan untuk menyediakan peruntukan-peruntukan bagi mengawal dan mengatur perancangan. Banyak akta telah dibuat untuk memastikan perancangan bandar dapat diwujudkan secara berstruktur untuk kepentingan masyarakat. Apabila adanya akta ini, sesebuah bandar kecil atau pekan yang telah wujud akan berkembang sebagai sebuah bandar yang pesat. Dalam perancangan bandar juga telah diketengahkan soal berkenaan dengan pemeliharaan pokok dan topografi tanah. Soal ini dititikberatkan setelah berlakunaya pemindaan akta Perancangan Bandar dan desa 1976. Pindaan dibuat bertujuan untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diigini seperti tragedi keruntuhan ‘Highland Tower’ pada 11 september 1993 disamping kesedaran mengenai usaha dalam menangani isu persekitaran seperti pengekalan alam semulajadi. Daripada akta yang dibuat dan dipinda proses perbandaran akan dirancang dengan lebih baik agar bandar yang wujud mampu memberikan banyak kemudahan serta kebaikan kepada masyarakat.

Sistem pembandaran semakin berkembang sehinggakan wujud Konsep Bandar Taman. konsep ini telah direalisasikan dengan pembangunan bandar satelit dan ia telah dibangunkan pada jarak tertentu dari pusat bandar. Bandar satelit ini juga mempunyai jumlah penduduk seramai 32,000 orang dan kemingkinan akan bertambah berikutan pembangunan oleh industri-industri yang terdapat dalam bandar tersebut. Sebagai contoh bandar satelit yang telah diwujudkan seperti putrajaya.





Jika kita lihat daripada gambar diatas terdapatnya tasik di tengah-tengah bandar Putrajaya, selain itu, adanya Masjid, bangunan dan banyak lagi kemudahan disediakan untuk kepentingan penduduk yang tinggal di Putrajaya.

Pada hari ini, Malaysia telah mengamalkan sistem pengangkutan jalan raya yang lebih moden dan berteknologi tinggi di bawah ‘Sistem Lebuh Raya Malaysia’ iaitu melalui pengawasan oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia. Justeru itu, proses perbandaran di Malaysia semakin pesat membangun dengan adanya sistem pengangkutan yang lebih baik untuk dijadikan sebagai penggerak ekonomi negara. Antara lebuhraya yang utama adalah seperti lebuh raya Utara-Selatan, lebuh raya Timur-Barat, Kuala Lumpur-Karak, Kuala Lumpur-Air Hitam, lebuh raya Pan-Borneo dan lebuh raya Pantai Barat sabah. Dengan ini pada keseluruhan rangkaian lebuh raya di malaysia mempunyai pengaruh dan pertalian dengan bandar-bandar yag sedang meningkat proses perbandarannya. Proses ini dijangka akan berterusan sehingga menggalakkan lagi kepada pertumbuhan bandar-bandar kecil di seluruh negara dalam tempoh jangka panjang.
3.0       Tren Pertumbuhan penduduk

Keadaan corak pertumbuhan semulajadi penduduk di Malaysia telah berubah disebabkan oleh berlakunya migrasi di sekitar tahun 1911 dan 1931 kepada pertambahan semulajadi yang disebabkan oleh perbezaan diantara kadar fertiliti dengan mortaliti pada sekitar tahun 1931 hingga sekitar tahun 1989.

Graf menunjukkan tren pertumbuhan dan pertambahan penduduk di Malaysia bagi tempoh 1980 hingga 2005.


Bilangan penduduk (ribu)

Graf menunjukkan jumlah penduduk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, 1980-2005.

 Secara keseluruhannya menunjukkan berlaku peningkatan daripada segi saiz penduduk di ketiga-tiga tempat. Graf diatas juga menunjukkan peningkatan jumlah penduduk tahunan yang jelas.

            Peningkatan jumlah penduduk ini menunjukkan Malaysia mengalami pertambahan penduduk yang ramai dan boleh membawa kepada berlakunya proses perbandaran. Kebiasaannya pertambahan penduduk berlaku di sekitar kawasan yang memiliki daya tarikan seperti mempunyai peluang pekerjaan dan kemudahan asas.


Peratusan tahunan (%)

Graf menunjukkan kadar pertumbuhan purata tahunan semenanjung, sabah dan Sarawak, 1980-2005.

Merujuk kepada graf  diatas keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh faktor pertambahan semulajadi yang agak tinggi disamping dorongan daripada faktor migrasi daripada kalangan warga asing ke Malaysia. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1990 an penguatkuasaan undang-undang imigresen diperketatkan keatas kemasukan imigran asing.

            Pertumbuhan penduduk di Malaysia juga turut membawa kepada wujudnya bandar-bandar kecil di kawasan yang berpotensi dibangunkan seperti kawasan perlombongan dan pertanian. Oleh itu, kewujudan bandar turut dipengaruhi oleh jumlah penduduk di sesuatu kawasan.

4.0       Faktor-faktor yang menggalakkan proses perbandaran.

Pelbagai faktor dapat dilihat dalam menggalakkan kepada berlakunya proses perbandaran. Antaranya adalah seperti dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan. Di Malaysia kerajaan telah menggalakkan aktiviti perindustrian di beberapa kawasan yang terpilih seperti di zon perdagangan bebas iaitu di Petaling jaya, Bayan Lepas, Prai dan Pasir Gudang. Kawasan-kawasan ini dikatakan mempunyai potensi yang tinggi dalam kegiatan perindustrian. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif bijak dengan membangunkan dan memajukan kawasan tersebut kerana ia berpotensi menjadi tumpuan kepada masyarakat kerana mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi.

Selain itu, peningkatan taraf pendidikan juga boleh membawa kepada berlakunya proses perbandaran. Hal ini dapat dilihat daripada cetusan ideal oleh pihak kerajaan untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi di kawasan luar bandar. Penubuhan institusi ini sekaligus akan membangunkan kawasan tersebut misalnya penubuhan Universiti Malaya (UM) yang pada asalnya dibina di kawasan luar bandar. Berikutan daripada itu, lama kelamaan kawasan tersebut telah dipenuhi dengan pembangunan-penbangunan yang pesat sehinggakan mewujudkan sebuah bandar kecil sehinggalah menjadi sebuah bandar raya yang pesat. Kini pihak kerajaan telah mewujudkan banyak institusi pengajian tinggi di seluruh negeri di Malaysia. Penubuhan universiti ini adalah bertujuan untuk melahirkan golongan remaja yang berpengetahuan dan dapat mewujudkan modal insan yang boleh memberikan aset kepada pembangunan Negara. Lahirnya mereka yang bijak dapat mencetuskan lagi sebuah bandar yang berteknologi dan terancang.

Peningkatan dalam kegiatan ekonomi juga menggalakkan kepada proses perbandaran.
Hal ini demikian kerana, kemudahan infrastruktuk yang lengkap disediakan di kawasan bandar. Kemudahan yang ada menjadikan kawasan bandar sebagai tumpuan utama orang ramai untuk mereka mendapatkan keselesaan seperti kemudahan awan sebagai contoh bas dan teksi. Pada masa dahulu teksi dan bas menjadi pilihan utama kepada orang ramai untuk ke sesuatu destinasi kerana kemudahan tersebut menjimatkan masa dan tamban yang murah. Peningkatan ekonomi yang semakin memberangsangkan kini telah mengembangkan lagi struktur kemudahan awam dengan pelbagai jenis kemudahan awan yang telah disediakan seperti LRT, kereta api dan kemudahan komuter. Ekonomi yang semakin meningkat juga turut menambahkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Oleh ini peluang pekerjaan yang wujud telah menjadi daya tarikan kepada orang ramai yang berada di kawasan luar bandar untuk berhijrah ke bandar bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang ditawarkan. Kebanyakannya pekerjaan yang memerlukan pekerja segera adalah seperti pekerjaan dalam bidang perkilangan. Pada masa kedatangan British perindustrian menjadi bidang utama pekerjaan dan kebanyakan kewujudan bandar adalah disebabkan oleh kemajuan dalam kegiatan ekonomi. Sedikit demi sedikit kawasan tersebut menjadi tumpuan dan akhirnya berkembang menjadi sebuah bandar kecil hingga menjadi sebuah bandaraya yang pesat membangun dengan pelbagai kemudahan disediakan.

Perkembangan jaringan jalan raya juga menjadi  faktor berlakunya pembandaran. Jaringan jalan raya yang menghubungkan kawasan luar bandar ke kawasan bandar  menjadi punca utama kepada berlakunya pembandaran kerana memudahkan kesampaian. Selain itu, berkembangnya pembinaan jalan penghubung dari kawasan industri dan pertanian ke bandar membolehkan pengusaha-pengusaha membawa hasil mentah mereka ke kilang untuk memproses daripada bahan mentah kepada barang siap dan separuh siap. Apabila wujud keluaran yang besar menggalakkan pula dalam pemasaran dan penjualan. Ini akan mendorong usahawan yang tinggal di kawasan tersebut untuk membuka pasaraya bagi menjual dan memasarkan barang keperluan kepada pengguna. Oleh itu, perkembangan jaringan jalan raya amat penting terutamanya bagi memudahkan kesampaian dan menjimat masa.

Faktor seterusnya ialah hasil sumber, terdapat beberapa bandar yang wujud dan berkembang menjadi sebuah bandar adalah hasil daripada kewujudan kawasan perlombongan. Misalnya di Taiping, Ipoh dan Kuala Lumpur yang pada masa dahulunya terkenal dengan kawasan perlombongan bijih timah. Kawasan-kawasan ini telah menjadi tumpuan utama kepada masyarakat untuk bermastautin serta mencari pekerjaan dalam aktiviti perlombongan ini. Akhirnya kawasan tersebut menjadikan sebuah kawasan yang pesat dengan pembangunan. Begitu juga di kerteh, Paka, Miri dan Bintulu yang kaya dengan sumber petroleum. Kawasan ini yang pada pasa dahulu adalah kawasan hutan kini menjadi sebuah kawasan yang maju sehinggakan mewujudkan sebuah bandar.



Dalam pertanian juga dapat membawa kepada proses pembandaran. Dengan adanya pembukaan ladang-ladang di sesetengah kawasan yang berpotensi besar untuk dimajukan ia dapat menjadi sebuah kawasan bandar . sebagai contoh dengan pembukaan ladang getah di Kulim, Kluang, Alur Gajah, Segamat dan Kota Tinggi.

Perikanan juga boleh menjadi sebahagian faktor kepada proses pembandaran. Misalnya di Mersing, Johor dan di Marang yang dikatakan pada asalnya kawasan-kawasan ini merupakan kawasan perkampungan nelayan. Namun, apabila adanya pelbagai kemudahan dalam proses penangkapan ikan menjadikan kawasan tersebut aktif dalam sektor perikanan. Penduduk sekitar dapat menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara besar-besaran dan seterusnya dapat memajukan sektor perikanan di kawasan tersebut.   


5.0       PENUTUP

Proses pembandaran di Malaysia dapat dilihat bermula dari zaman kerajaan Melaka lagi dan apabila kedatangan pedagangan daripada luar ke pelabuhan Tanah Melayu menyebabkan kawasan pinggir pantai semakin pesan membangun. Apabila kedatangan pihak British pula mereka menjadikan Tanah Melayu sebagai lokasi utama kerana TM kaya dengan sumber semulajadi seperti tanah dan sumber galian. Mereka telah memajukan beberapa tempat dengan tujuan mendapatkan hasil sumber sehinggakan kawasan tersebut membangun dengan pembinaan kilang dan petempatan yang kecil. 

Pada hari ini pembandaran semakin berkembang dengan adanya pembukaan kawasan bandar dan pekan baru. Di kawasan ini juga telah disediakan pelbagai kemudahan seperti kemudahan kerka dan kemudahan awan kepada masyarakat. Kuala Lumpur adalah salah sebuah kawasan perlombongan yang kini telah menjadi sebuah bandaraya yang besar disamping menjadi sebagai pusat bandar kepada pelbagai kegiatan sama ada ekonomi, politik serta sosial.












Bibliografi








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...